Pemain perseorangan wanita negara Tee Jing Yi terpaksa membayar harga yang mahal akibat kecederaan buku lalinya apabila bakal terlepas peluang beraksi di Sukan Olimpik, Ogos nanti.
Seandainya kecederaan yang dialaminya sewaktu final Sirkit Kebangsaan Pertama di Stadium Juara Bukit Kiara, Sabtu lepas gagal pulih, nama Jing Yi terpaksa diketepikan biarpun sudah layak secara merit.
Sebaliknya, juara remaja dunia, Goh Jin Wei yang juga pemain kedua terbaik negara dalam ranking dunia, berpeluang mengisi tempat Jing Yi.
Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid bagaimanapun menegaskan pihaknya belum membuat sebarang keputusan kerana masih menunggu laporan penuh tahap kecederaan Jing Yi yang kini berada di ranking ke-29 dunia itu.
"Sekiranya kecederaan Jing Yi itu berpanjangan, tempatnya mungkin diganti pemain yang sedang meningkat naik, Goh Jin Wei.
"BAM telah membawa perkara ini kepada Jawatankuasa Pemilihan MOM dan jika Jing Yi masih belum pulih... jika kita dapat keputusan yang beliau betul-betul cedera, baharu kita dibenarkan meletakkan pengganti.
"Terlalu awal untuk membuat keputusan, kita tidak tahu kecederaannya itu berpanjangan ataupun boleh sembuh secepat mungkin. Kalau mengikutkan ranking, Jin Wei paling dekat (ranking ke-59)," katanya.
Selain Jing Yi, pemain badminton negara yang layak secara merit ke Sukan Olimpik ialah jaguh perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei, beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei (beregu wanita).
Jing Yi terpaksa menarik diri daripada meneruskan aksi di pentas akhir Sirkit Kebangsaan Pertama di Stadium Juara Bukit Kiara akibat kecederaan buku lali kanan, sekali gus menyerahkan kemenangan kepada Jin Wei.
Sukan Olimpik Rio de Janeiro adalah penampilan kedua Jing Yi di temasya paling besar di dunia itu selepas kali pertama beraksi di London pada 2012.
Bernama
Mon May 30 2016

MOHAMED AL AMIN: Sekiranya kecederaan Jing Yi itu berpanjangan, tempatnya mungkin diganti pemain yang sedang meningkat naik, Goh Jin Wei. - Filepic
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.