Skuad bola sepak Malaysia bawah 13 tahun menamatkan jelajah United Kingdom tahun ini dengan penuh gaya.
Anak buah Lim Teong Kim itu membelasah Crystal Palace B13 7-0 pada Jumaat.
Keputusan yang sama dicatat dalam perlawanan pertama jelajah UK menentang Barnsley Schools FA B13.
Jelajah UK tahun ini menyaksikan Malaysia berpeluang bertemu dengan pasukan di luar London seperti Manchester City, Sheffield Wednesday, Barnsley dan Liverpool.
Dalam sepuluh perlawanan yang diadakan, Malaysia hanya tewas sekali kepada City (0-2) dan seri dengan Reading (1-1).
Jelajah UK buat pemain bawah 13 tahun negara kali ini amat mencabar berbanding tahun lalu.
Mereka terpaksa bermain dalam keadaan cuaca sejuk namun tetap mencapai keputusan yang membanggakan.
Menurut pengarah kanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar, cuaca sejuk sedikit sebanyak menganggu rentak pemain kita.
"Tahun ini cuaca lebih sejuk dan mencabar daripada jelajah UK tahun lepas. Kadang-kadang pelatih-pelatih kita terpaksa bermain pada suhu 9 darjah selsius. Pemain-pemain kita kebanyakan lambat panas tetapi bila dah jumpa rentak mereka boleh menguasai permainan" kata Safirul.
Seperti tahun lepas, skuad kebangsaan dibawah program NFDP akan melakukan persiapan untuk kejohanan Super Mokh yang akan diadakan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada Disember.
Menurut Safirul, kejohanan Super Mokh adalah kejohanan penutup bagi tahun ini buat NFDP.
"Kita jemput kelab yang kita hendak main seperti PSG (Paris St Germain) yang sudah menyatakan persetujuan untuk datang. Selain itu, kelab dari Thailand, Jepun, pasukan kebangsaan Myanmar yang datang seperti tahun lepas. Jadi kita ada lengkap 16 pasukan untuk kategori bawah 12 dan bawah 13 tahun untuk datang bermain di sini." kata Safirul.
Pada masa sama, empat jurulatih NFDP dipilih menjalani program bersama dengan Queens Park Rangers (QPR) selama tiga minggu.
Tahun depan, NFDP merancang untuk turut mengadakan jelajah ke Korea dan Jepun.
Skuad negara turut dijemput untuk ke Brazil dan Argentina namun kesemuanya bergantung kepada bajet dan juga jadual skuad dibawah NFDP.
Ian Johan Ariff
Sat Sep 26 2015
Pemain bawah 13 tahun negara mampu mengatasi cabaran baru di UK. Gambar - Facebook NFDP Malaysia - PPBN
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.