JOHOR Darul Ta'zim (JDT) hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super 2015 selepas mencerahkan peluang dengan melakar kemenangan selesa 4-1 ke atas Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad Harimau Selatan memintas kedudukan Pahang di tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata dengan kutipan 46 mata selepas 21 perlawanan.
Pahang pula turun ke tangga kedua liga selepas seri 2-2 dengan Felda United di laman sendiri.
JDT bakal dimahkotakan juara Liga Super 2015 sekiranya mengalahkan Felda United pada aksi terakhir liga di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu ini.
Pahang pula akan menentang Terengganu pada perlawanan akhir musim di laman lawan pada hari yang sama.
Pada aksi di Larkin, JDT meraih jaringan menerusi Luciano Figueroa pada minit ke-44, Mohd Nazrin Nawi (minit ke-47), S. Chanturu (minit ke-66) dan Safiq Rahim pada minit ke-71 manakala Perak memperolehi gol saguhati hasil sentuhan pemain import dari Brazil, Thiago Junior Aquino pada minit ke-60.
Pahang pula mempersiakan peluang beraksi di laman sendiri setelah seri dengan Felda United di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Gol skuad Tok Gajah dihasilkan oleh dua pemain import, Dickson Nwakaeme pada minit ke-48 dan Damian Delano Stewart pada minit ke-78 manakala penyerang import dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes menjaringkan gol untuk pasukan pelawat pada minit ke-62 dan selang enam minit kemudian.
Di Stadium Shah Alam, pasukan Selangor mengutip tiga mata selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Kelantan menerusi gol daripada Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-23 selain dua gol oleh Guilherme De Paula pada minit ke-49 dan sepakan penalti pada minit ke-63.
Terdahulu, pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilayangkan kad merah oleh pengadil, Suhaizi Shukri pada minit ke-89 kerana dikatakan meludah pemain lawan.
Dalam pada itu, Terengganu memintas kedudukan Felda United di tangga keempat setelah menang tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM), hasil jaringan penyerang import dari Kanada, Issey Nakajima-Farran pada minit ke-81.
Perlawanan berkenaan turut dicemari dengan 10 layangan kad kuning ke atas kedua-dua pasukan oleh pengadil, Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim.
Di Stadium Negeri, Kuching, pasukan Sarawak turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan wakil kelab dari Singapura, Lions XII 2-1.
Dua jaringan skuad 'Ngap Sayot' dihasilkan oleh Nyema Patrick Gerhardt pada minit ke-23 dan Billy Mehmet Osman pada minit ke-39 manakala Muhammad Khairul Amri Mohamad Kamal mengurangkan defisit jaringan untuk pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-75.
Sarawak sebelum itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Ivan Fatic diperintah keluar padang oleh pengadil selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-84.
Sementara itu, pasukan kelab Sime Darby FC, yang sudah tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan, meraih kemenangan sulung musim ini selepas menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0, hasil jaringan tunggal Nemanja Vidakovic pada minit ke-65.
Susulan kekalahan tersebut, ATM mengiringi Sime Darby FC ke saingan Liga Perdana musim 2016.
Aksi Liga Super 2015 bakal melabuhkan tirai dengan perlawanan ke-22 di enam venue berbeza sebelum bermula kempen Piala Malaysia pada bulan depan.
Astro Arena
Wed Aug 19 2015
![JDT selangkah pertahan kejuaraan Liga Super JDT selangkah pertahan kejuaraan Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia 2015/12515JDT.jpg)
JDT hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super 2015 selepas menang 4-1 ke atas Perak.
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666655192_IdrisJusoh.jpg)
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
![JDT kekal rekod tanpa kalah, Selangor pamer kebangkitan JDT kekal rekod tanpa kalah, Selangor pamer kebangkitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602368444_TBJDTMUCIMBLIGASUP.jpg)
JDT kekal rekod tanpa kalah, Selangor pamer kebangkitan
JDT menamatkan cabaran saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas merakam kemenangan kesembilan apabila membelasah Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
![Jangan menyerah kalah dengan JDT - Kurniawan Jangan menyerah kalah dengan JDT - Kurniawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81601500859_KurniawanDwiYulian.jpg)
Jangan menyerah kalah dengan JDT - Kurniawan
Melihat pada keputusan dua perlawanan terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, senario itu pasti akan meresahkan mana-mana pasukan.
![Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51601071225_LigaSuper.jpg)
Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir
Skuad Harimau Selatan membuka jaringan menerusi penyerang profilik negara Safawi Rasid pada minit ke-35, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan.
![12 pasukan Liga M lengkap proses penswastaan 12 pasukan Liga M lengkap proses penswastaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/51587811099_FAM.jpg)
12 pasukan Liga M lengkap proses penswastaan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengesahkan sebanyak 12 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab.
![TEMCO Kedah: Persiapan Lang Merah tidak terjejas, sedia hadapi Sabah TEMCO Kedah: Persiapan Lang Merah tidak terjejas, sedia hadapi Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600250661_AidilSharinSahak.jpg)
TEMCO Kedah: Persiapan Lang Merah tidak terjejas, sedia hadapi Sabah
Pasukan Lang Merah itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga mata dalam perlawanan akan datang untuk berada selesa dalam saingan liga.
![COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81593533869_FAM.jpg)
COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan
Wabak COVID-19 menyebabkan badan induk bola sepak negara itu terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kerjasama dengan penaja kekal terjalin.
![JDT hentikan sementara penjualan tiket perlawanan Liga Super JDT hentikan sementara penjualan tiket perlawanan Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584050615_stadium.jpg)
JDT hentikan sementara penjualan tiket perlawanan Liga Super
JDT memutuskan untuk menghentikan sementera penjualan tiket perlawanan akan datang membabitkan aksi skuad Harimau Selatan menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim.
![Isu denda: Felda United kemuka rayuan Isu denda: Felda United kemuka rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://stadiumastro-kentico.s3.amazonaws.com/stadiumastro/media/sa-images/2019/april/24/felda-united.jpg?ext=.jpg)
Isu denda: Felda United kemuka rayuan
Felda United mengambil langkah proaktif dalam menangani isu pemotongan geran selepas menjadi pasukan pertama mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini.
![JDT kembali kuasai carta Liga Super JDT kembali kuasai carta Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81552168045_JDT.jpg)
JDT kembali kuasai carta Liga Super
Kemenangan kelima dari enam perlawanan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 16 mata, dengan pencabar terdekat Pahang ketinggalan dua mata di tangga ked