ISKANDAR PUTERI: Penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke pentas final Piala Malaysia 2023 dengan berpesta gol menewaskan Perak FC 8-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, pada malam Khamis.
JDT mara ke final dengan kemenangan agregat 12-2 selepas menang 4-1 pada aksi separuh akhir pertama di Ipoh, 19 Okt lalu.
Lawan JDT di pentas final akan ditentukan apabila Terengganu bertemu Kuala Lumpur FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, malam ini.
Terengganu mempunyai kelebihan jaringan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada 21 Okt lalu.
Pada aksi pada malam Khamis, skuad Harimau Selatan mencipta jaringan seawal minit ke-11 apabila pemain sayap muda, Arif Aiman Mohd Hanapi merembat masuk bola selepas bijak memperdaya kawalan pertahanan pelawat.
Memasuki minit ke-27, pemain sensasi dari Brazil, Bergson Gustavo Silveira Da Silva menggandakan jaringan sebelum Heberty Fernandes De Andrade menambah derita skuad Bos Gaurus dengan gol ketiga empat minit kemudian.
Babak kedua menyaksikan anak buah Yusri Che Lah terus dihukum selepas penyerang sensasi kelahiran Argentina, Fernando Martin Forestieri meledak gawang selepas menampan kemas hantaran Arif Aiman pada minit ke-52.
Bergson Da Silva sekali lagi membuat kejutan apabila mudah merobek gawang pelawat pada minit ke-59 sebaik menerima hantaran lintang Juan Muniz.
Pasukan kendalian Esteban Solari terus melakukan serangan dan tidak memberikan kesempatan untuk Perak FC mengintai peluang sehingga terus dihukum dengan jaringan keenam Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-61.
Kesilapan penyerang Perak FC, Luka Milunovic yang menanduk bola untuk diselamatkan penjaga gol Muhammad Farhan Abdul Majid dalam kotak penalti tidak berjaya apabila mudah ditampan Muhammad Syafiq dan ditolak masuk ke dalam gawang pada minit ke-77.
Percubaan pertahanan Bos Gaurus, Muhammad Aiman Khairul Yusni untuk mencipta jaringan pada minit ke-86 juga tidak kesampaian kerana tendangannya tersasar dari gawang tuan rumah, sebelum Heberty Fernandes menjaringkan gol kelapan pada masa tambahan.
Berbaki beberapa saat sebelum tamat perlawanan, pemain sayap Perak FC, Muhammad Firdaus Ahmad Fuad berjaya menghadiahkan gol sagu hati buat pasukannya dan keputusan kekal 8-1. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

JDT mara ke final dengan kemenangan agregat 12-2 selepas menang 4-1 pada aksi separuh akhir pertama di Ipoh, 19 Okt lalu. - Gambar Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.

Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.

JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka

TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.

Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).

400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.

Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui pasukannya melalui detik cemas sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Malaysia.