JOHOR BAHRU: Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menderma sebanyak RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan program khidmat masyarakat Yayasan JDT.
JDT menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, RM1.017 juta yang diperoleh daripada enam perlawanan di laman sendiri sejak dari November akan diberikan untuk usaha kemanusiaan di Palestin.
"Manakala, wang hadiah Liga Super Malaysia sebanyak RM1.9 juta pula akan disalurkan kepada Yayasan JDT untuk pelbagai program khidmat masyarakat," menurut hantaran itu.
Menurut hantaran tersebut, JDT telah menyumbangkan kesemua wang kemenangan untuk tujuan amal, sejak kelab yang dimiliki Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu ditubuhkan pada 2013.
JDT yang merekodkan kemenangan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, menamatkan aksi terakhir Liga Super musim ini dengan berpesta gol selepas menewaskan Penang FC 8-0.
Skuad Harimau Selatan itu turut menjuarai Piala Malaysia buat kali keempat, sekali gus merekodkan kejayaan treble buat dua musim berturut-turut selepas dinobatkan juala Piala FA pada Julai dan mengesahkan kejuaraan Liga Super pada September lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
JDT telah menyumbangkan kesemua wang kemenangan untuk tujuan amal, sejak kelab yang dimiliki Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu ditubuhkan pada 2013. - FB Johor Southern Tigers
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Pasukan lawan sentiasa berusaha kalahkan JDT - Bidoglio
Walaupun berpesta gol pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam tadi, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Hector Bidoglio tetap mengingatkan anak buahnya untuk kekal fokus bagi menghad
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
Tiket final Piala Asia 2024 serendah RM50 - MFL
Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.
Piala FA: JDT melangkah ke final, kalahkan KDA FC dengan agregat 5-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 5-1, malam ini.
JDT umum seorang lagi pemain import baharu
Skuad Harimau Selatan hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu dari Perancis, Enzo Lombardo selepas Park Jun Heong diumumkan sebagai pemain baharu kelab itu semalam.
Park Jun Heong import terbaharu JDT
JDT mengumumkan pemain dari Korea Selatan Park Jun Heong sebagai import terbaharu kelab itu.
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
Bergeson ledak hatrik bantu JDT benam Terengganu 4-0
Jaringan hatrik penyerang berbisa Bergson da Silva membantu juara bertahan Liga Super membenam Terengganu FC 4-0.
3 penyokong JDT didenda RM100 bakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman
Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman denda RM100 setiap seorang terhadap tiga penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana membakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman.
Piala FA: Nafuzi anggap KDA FC tidak patut tewas kepada JDT
Nafuzi akui bertemu JDT satu perlawanan yang sukar, tetapi satu jaringan yang dicipta membuktikan pasukannya berfungsi dengan baik.