Pemandu muda negara, Jazeman Jaafar akan kembali ke litar perlumbaan hujung minggu ini, selepas rehat panjang Siri Formula Renault 3.5 yang dihentikan seketika pada musim panas.
Pusingan keenam Siri Formula Renault 3.5 akan disambung semula dengan perlumbaan di Silverstone Circuit, United Kingdom dari 4 hingga 6 September, ini.
Jazeman yang mewakili Fortec Racing Team, kini menduduki tangga ketiga kejohanan dengan 90 mata.
Menurut kenyataan pasukan itu, Jazeman sudah tidak sabar untuk kembali berlumba bagi mengukuhkan peluangnya meraih gelaran keseluruhan.
"Ia sudah begitu lama sejak kali terakhir berlumba lapan minggu lalu. Walaupun saya terus berlatih, saya langsung tidak dapat berlumba dan saya rindukan suasana itu," kata pemandu dari Program Pembangunan Bakat Petronas.
"Hujung minggu di Silverstone akan menjadi penting. Saya tidak sebaik seperti ketika di Austria dan walaupun saya berjaya dua kali berada dalam kelompok 10 terbaik, saya perlu lebih kerap menaiki podium untuk kekal bersaing merebut gelaran keseluruhan.
"Ini adalah satu cabaran untuk saya sahut. Saya benar-benar teruja untuk kembali berlumba," katanya.
Jazeman berkata dia berminat dengan keadaan di Silverstone Circuit dan mempunyai kenangan manis di sana kerana berjaya mencatatkan beberapa keputuan yang baik.
"Saya harap dapat menggunakan pengalaman berlumba di sana untuk mendapatkan kelebihan.
"Ia adalah litar yang mencabar selain cuaca di Britain yang sukar diramalkan tetapi saya bersedia memberikan yang terbaik terutama pasukan saya, Fortec, dianggap pasukan tempatan kerana berpengkalan tidak jauh dari litar itu," kata Jazeman.
Astro Arena
Thu Sep 03 2015

Jazeman berkata dia berminat dengan keadaan di Silverstone Circuit dan mempunyai kenangan manis di sana kerana berjaya mencatatkan beberapa keputuan yang baik. - Gambar Astro ARENA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jazeman sambung musim perlumbaan
Pemandu muda negara, Jazeman Jaafar akan kembali ke litar perlumbaan hujung minggu ini, selepas rehat panjang Siri Formula Renault 3.5 yang dihentikan seketika pada musim panas.