PENYANYI dan penulis lagu Jason Derulo dijadual membuat persembahan dalam acara sambutan bagi meraikan kejuaraan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu, 15 Oktober 2022.
JDT dalam catatan di akaun Facebook rasmi Johor Southern Tigers mengumumkan bahawa artis antarabangsa itu akan membuat persembahan pada sambutan tersebut esok.
Sambutan itu akan diadakan selepas perlawanan terakhir Liga Super menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.
JDT bersedia untuk meraikan kejayaan merangkul juara Liga Super Malaysia sebanyak sembilan kali berturut-turut yang juga merupakan satu rekod baharu.
Pasukan itu juga telah merangkul Piala FA dan Piala Amal tahun ini.
Sementara itu, JDT II memenangi Liga Perdana Malaysia 2022 manakala Akademi JDT memenangi tujuh piala peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Piala Presiden Bawah 21 tahun oleh JDT III.
Secara keseluruhan, JDT telah memenangi 11 trofi pada 2022.
Sambutan pada Sabtu itu turut menampilkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Pasukan Hoki Ais JDT, Johor Jewels (bola jaring), Johor Tigris (Sepak Takraw) dan pemain ragbi negeri.
Difahamkan tiket untuk perlawanan di stadium berkapasiti 40,000 itu telah pun habis dijual.
Astro Awani
Fri Oct 14 2022
Jason Derulo akan membuat persembahan pada sambutan meraikan kejuaraan kelab bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) esok. -Facebook Johor Southern Tigers
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Selangor kekal bersih di laman sendiri, atasi Kuching City 4-0
Selangor FC mengekalkan kedudukan sebagai pencabar utama pendahulu Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila menewaskan Kuching City FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Liga Super: JDT berpesta gol tewaskan Penang FC 5-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan kecemerlangan apabila meratah Penang FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Mohamadou Sumareh bantu JDT tewaskan Singapura
Nazmi Faiz jaring gol pada separuh masa pertama, dua lagi gol menerusi Mohamadou Sumareh dan pemain import baharu dari Colombia, Jorge Obregon pada baki 45 minit.
[KOLUMNIS] Selangor mungkin catat keputusan berbeza atas JDT jika guna taktikal sesuai berdasarkan data
BOLA sepak secara tradisinya merupakan sukan yang menarik ramai peminat dari segenap pelusuk buana dan tidak hairanlah sekiranya ia menjadi sukan paling popular di dunia termasuk di Malaysia.
JDT kelab kelapan terbaik Asia, ranking pertama di Asia Tenggara
JDT melakar rekod tersendiri apabila kini berada di kedudukan kelapan pasukan terbaik di Asia.
Astro BIZone lebih dari sekadar menonton bola, sekali hiburan lengkap!
Astro BIZone Watch Party diteruskan lagi di Restoran Al Shariff, Ampang bagi perlawanan akhir Piala FA di antara Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim. Pastinya pelbagai hiburan menarik disajikan.
PM Anwar ucap tahniah kepada JDT menang Piala FA
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT atas pencapaian menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor FC semalam.
Selangor akui pengalaman JDT lebih luas
Selangor FC mengakui pengalaman dimiliki Johor Darul Ta'zim (JDT) terutama di pentas final cukup luas selepas tewas 1-6 dalam aksi penentuan Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
'Jika ada 10 minit lagi, mungkin JDT akan tambah gol' - Bidoglio
Hector Bidoglio percaya pasukannya mungkin boleh menjaringkan lebih banyak gol ketika membelasah Selangor FC 6-1.