KELAB penyokong Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM) meminta penyokong Harimau Malaya tidak meletakkan sepenuhnya kegagalan ke atas Tan Cheng Hoe selepas pasukan negara tersingkir di peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2020.
Menurut jurucakapnya, Safarizal Mohd Sobri, pengendali pasukan kebangsaan itu dilihat mempunyai masa yang suntuk untuk mengumpul pemain-pemain terbaik bagi menghadapi kejohanan yang disertai pasukan dari seluruh Asia Tenggara.
"Jangan tuding jari 100 peratus pada Tan Cheng Hoe. Sepatutnya Liga Malaysia habis awal untuk kumpul pemain hadapai Piala AFF 2020 namun disebabkan oleh Covid-19 banyak perancangan yang terganggu kerana Liga Malaysia 2021 tergendala.
"Kami melihat antara punca utamanya adalah pengendali pasukan negara ini tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengumpulkan pemain," katanya ketika dihubungi pemberita pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan segelintir penyokong yang mahu Cheng Hoe bertanggungjawab di atas keputusan yang mengecewakan pasukan Malaysia selepaa gagal mencapai sasaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mara ke pentas final kejohanan pada edisi kali ini.
Jelas Safarizal, jadual Liga Malaysia yang cukup padat termasuk Piala Malaysia yang semakin hampir dengan Piala AFF 2020 menyaksikan Harimau Malaya tidak dapat berkumpul awal untuk membuat persiapan lebih rapi termasuk mengadakan perlawanan persahabatan.
"Tiada guna panggil jurulatih import sekalipun kerana kita sendiri pun gagal menyusun perjalanan liga Malaysia dengan baik. Bukan kita tidak ada pemain yang berbakat tapi masalah jadual yang padat antara punca," ujarnya.
Dalam pada itu, GULM berharap tidak ada tangan-tangan ghaib ataupun campur tangan daripada pihak ketiga yang menganggu perancangan Ketua Jurulatih Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan antarabangsa seterusnya selepas ini.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 23 2021
![Jangan tuding jari 100 peratus pada Cheng Hoe Jangan tuding jari 100 peratus pada Cheng Hoe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640218579_SafarizalMohdSobri.jpg)
Safarizal berkata, jadual Liga Malaysia yang cukup padat termasuk Piala Malaysia yang semakin hampir dengan Piala AFF 2020 menyaksikan Harimau Malaya tidak dapat berkumpul awal untuk membuat persiapan lebih rapi. - Foto Sinar Harian
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Jangan tuding jari 100 peratus pada Cheng Hoe Jangan tuding jari 100 peratus pada Cheng Hoe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640218579_SafarizalMohdSobri.jpg)
Jangan tuding jari 100 peratus pada Cheng Hoe
pengendali pasukan kebangsaan itu dilihat mempunyai masa yang suntuk untuk mengumpul pemain-pemain terbaik bagi menghadapi kejohanan yang disertai pasukan dari seluruh Asia Tenggara.
![FAM sahkan Khairulazhan, Faisal, Quentin kembali sertai pasukan FAM sahkan Khairulazhan, Faisal, Quentin kembali sertai pasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639430326_FAMsahkanKhairulaz.jpg)
FAM sahkan Khairulazhan, Faisal, Quentin kembali sertai pasukan
Seorang lagi pemain yang diuji positif COVID-19 sebelum ini, Akhyar Rashid, masih perlu melengkapkan tempoh 10 hari kuarantin.
![Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gesa tiada kesilapan mudah bertemu Vietnam Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gesa tiada kesilapan mudah bertemu Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639270421_TanChengHoe.jpg)
Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gesa tiada kesilapan mudah bertemu Vietnam
Katanya, dengan ranking yang lebih baik, pasukan seperti Vietnam pasti akan memanfaatkan setiap kesilapan individu pemain negara.
![Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gusar aksi di padang tiruan Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gusar aksi di padang tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632950008_TanChengHoe.jpg)
Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gusar aksi di padang tiruan
Piala Malaysia: Gergasi Merah tumbang di Kuala Terengganu
![10 tahun selepas Malaysia juarai Piala Suzuki AFF 10 tahun selepas Malaysia juarai Piala Suzuki AFF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41609281699_AFC.jpg)
10 tahun selepas Malaysia juarai Piala Suzuki AFF
Penyerang negara, Safee Sali, turut mencatat nama sebagai penjaring terbanyak setelah meledakkan lima gol sepanjang kejohanan itu.
![Waspada serangan balas pantas Myanmar - Mohd Rizal Waspada serangan balas pantas Myanmar - Mohd Rizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71480087363_MohdRizalMohdGhaz.jpg)
Waspada serangan balas pantas Myanmar - Mohd Rizal
Pertahanan skuad Harimau Malaysia perlu berwaspada terhadap serangan balas pantas pasukan Myanmar apabila dua negara itu bertemu pada aksi terakhir Kumpulan B hari ini.
![Piala Suzuki AFF: Malaysia tempuh jalan sukar ke separuh akhir Piala Suzuki AFF: Malaysia tempuh jalan sukar ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479892528_AFFSuzuki.jpg)
Piala Suzuki AFF: Malaysia tempuh jalan sukar ke separuh akhir
Skuad Harimau Malaysia menempuh jalan sukar untuk memburu slot separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada Vietnam pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna di sini, hari ini.
![Malaysia perlu kekang corak permainan pantas Vietnam - Irfan Fazail Malaysia perlu kekang corak permainan pantas Vietnam - Irfan Fazail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479800673_MohdIrfanFazail.jpg)
Malaysia perlu kekang corak permainan pantas Vietnam - Irfan Fazail
Irfan membentuk gandingan tengah bersama Baddrol Bakhtiar ketika pertemuan menentang Kemboja, Ahad lalu.
![Piala Suzuki AFF: Harimau Malaysia impi cerahkan laluan ke separuh akhir Piala Suzuki AFF: Harimau Malaysia impi cerahkan laluan ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81465738866_HamidinMohdAmin.jpg)
Piala Suzuki AFF: Harimau Malaysia impi cerahkan laluan ke separuh akhir
Skuad negara mampu meletakkan sebelah kaki ke separuh akhir seandainya berjaya membenam Vietnam, esok.
![Piala Suzuki AFF: Vietnam kejutkan Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF: Vietnam kejutkan Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479657332_AFFSuzukiCup.jpg)
Piala Suzuki AFF: Vietnam kejutkan Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B
Juara 2008, Vietnam mengejutkan Myanmar 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2016.