Skuad negara tidak harus mengambil mudah kemampuan pasukan lawan pada pusingan akhir Piala Thomas di Aarhus, Denmark, dari 3 hingga 11 Okt ini, susulan penarikan diri Taiwan akibat peraturan kuarantin wajib selepas pulang daripada kejohanan itu.
Berikutan keputusan Taiwan itu, bekas pemain beregu negara, Goh V Shem, berkata pasukan lain pada saingan itu masih boleh menjadi ancaman kepada usaha Malaysia melangkah lebih jauh pada kejohanan berprestij dwitahunan itu.
"Taiwan adalah pasukan yang kuat dan walaupun mereka berundur, tidak bermakna kita tidak boleh mengambil mudah pasukan lain yang turut memburu kejayaan dalam kempen kali ini," kata pemain profesional itu kepada pemberita selepas pelancaran edisi keenam kejohanan badminton Liga Remaja Purple, di sini, hari ini.
Media antarabangsa hari ini melaporkan Taiwan, yang diundi dalam Kumpulan B bersama China, Australia dan Perancis, mengambil keputusan itu selepas kerajaan negara itu mengenakan peraturan menjalani kuarantin selama 14 hari selepas kembali daripada kejohanan itu.
Justeru, pemegang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu berharap Persekutuan Badminton Dunia (BWF) perlu meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) pada Piala Thomas dan Piala Uber selepas banyak negara telah menyatakan kebimbangan mengenai pandemik COVID-19.
V.Shem and rakannya, Tan Wee Kiong kini memburu tempat dalam skuad negara dengan beregu tama negara, Aaron China-Soh Wooi Yik dijangka mengetuai cabaran negara dalam kategori itu.
Pada edisi 2018 di Bangkok, Malaysia gagal menepati sasaran separuh akhir Piala Thomas selepas tewas 1-3 kepada Indonesia pada saingan suku akhir.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka menamakan skuad Piala Thomas dan Piala Uber selepas kem motivasi selama empat hari bermula di Pulau Tioman, Pahang, hari ini.
BWF telah menetapkan 18 Sept ini sebagai tarikh akhir untuk pasukan menghantar senarai penuh pemain.
Dalam saingan Piala Thomas, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama musuh tradisi dan juara 13 kali, Indonesia, Belanda dan England. Kumpulan B terdiri daripada China, Australia, Perancis, Kumpulan C - Denmark, India, Jerman, Algeria dan Kumpulan D disertai Jepun, Korea Selatan, Thailand, dan Kanada.
Piala Uber pula terdiri daripada Jepun, Mesir dan Sepanyol dalam Kumpulan A; Kumpulan B (Korea Selatan, Indonesia, Australia, MALAYSIA; Kumpulan C (Thailand, Denmark, Scotland, Kanada; Kumpulan D (China, India, Perancis, Jerman).
Mengikut format pertandingan, selepas satu pusingan, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke saingan suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
![Jangan pandang mudah peluang pasukan lawan pada Piala Thomas Jangan pandang mudah peluang pasukan lawan pada Piala Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/71599151469_GohVShem.jpg)
Pemain beregu negara Goh V Shem pada temu bual bersama media selepas melapor diri dan menjalani ujian saringan di Akademi Badminton Malaysia. -Bernama
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721030848_tbKingCharlesandQ.jpg)
Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM
Raja Britain Charles III dan Permaisuri Ratu Camilla akan melawat Australia pada Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, lapor Xinhua.
![Pasangan kelahiran Rusia ditahan di Australia disyaki mengintip Pasangan kelahiran Rusia ditahan di Australia disyaki mengintip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720783145_Handcuffedwomen.jpg)
Pasangan kelahiran Rusia ditahan di Australia disyaki mengintip
Sepasang suami isteri warga Australia kelahiran Rusia telah ditahan di Australia atas tuduhan mengintip untuk Rusia, kata Polis Persekutuan Australia (AFP) pada Jumaat, lapor Sputnik.
![Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720421188_Australiaimposesni.jpg)
Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia
Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719203141_tbBatikAirKapalT.jpg)
Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum
ATSB telah membuka siasatan terhadap pesawat Boeing 737-800 Batik Air Indonesia yang disyaki terbang di bawah altitud minimum.
![Penyelidik di Australia temukan kaitan antara dengkur dan tekanan darah tinggi Penyelidik di Australia temukan kaitan antara dengkur dan tekanan darah tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/61522233523_Dengkur.jpg)
Penyelidik di Australia temukan kaitan antara dengkur dan tekanan darah tinggi
Menurut kajian, individu yang kerap berdengkur pada waktu malam lebih cenderung mempunyai tekanan darah tinggi dan hipertensi tidak terkawal.
![Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria Australia Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718365350_Itik.jpg)
Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria Australia
Pihak berkuasa tempatan di negeri Victoria, Australia melaporkan bahawa virus selesema burung telah dikesan di ladang keenam, yang sudah dalam kuarantin.
![Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716351157_TBbbc.jpg)
Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun
Festival itu mengumpulkan semua restoran di kawasan Darwin yang bakal bersaing untuk mendapat gelaran Laksa Serantau Terbaik.
![Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713483011_TBASIAB.jpg)
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
![Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming' Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713190553_Stab.jpg)
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.