JITRA: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak seharusnya terbuai-buai atas kejayaan merangkul kejuaraan All England, sebaliknya perlu berusaha keras bagi meraih lebih banyak kejuaraan pada masa akan datang.
Bapa Zii Jia, Lee Chee Hin, 54, berkata perjalanan karier anaknya yang berumur 22 tahun itu baru sahaja bermula, dan berharap dia tidak cepat berpuas hati dengan pencapaiannya bergelar juara pada kejohanan badminton tertua dunia tersebut.
"Saya bersama keluarga berdebar menyaksikan aksi final di televisyen malam tadi selepas dia terpaksa mengharungi cabaran cukup sengit menentang lawannya. Setelah menang di set pertama, dia tewas di set kedua.
"Tetapi, kami lega apabila dia kembali fokus sekali gus berjaya mencipta kemenangan pada set ketiga. Meskipun banyak berdepan dugaan sejak beberapa bulan lalu, dia tetap berjaya melakar pencapaian yang hebat," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Darul Aman Height, hari ini.
BACA: Zii Jia tumpaskan Axelsen, rangkul kejuaraan All England
Pada aksi final di Utilia Arena Birmingham semalam, Zii Jia menamatkan penantian Malaysia selama empat tahun untuk meraih gelaran juara kejohanan badminton All England selepas menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22 dan 21-9.
Sementara itu, ibu Zii Jia, Leow Siet Peng, 53, berkata anaknya yang merupakan pemain nombor 10 dunia, menerima tekanan yang sangat hebat terutama apabila aksinya mula dipertikaikan sesetengan pihak di media sosial, sebelum ini.
"Dia terpaksa mengharungi perlawanan yang tidak menentu sebaik kalendar badminton antarabangsa membuka tirai di Bangkok awal tahun ini. Dia menjadi lebih tertekan selepas melihat lima pemain seniornya disingkirkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Februari lalu.
"Dia turut berasa bersalah atas prestasinya yang tidak baik pada masa tersebut dan sejak itu dia banyak menyendiri. Dia juga kurang berborak dengan keluarga dan hanya akan berkomunikasi menerusi pesanan mesej," katanya.
Siet Peng yang merupakan bekas atlet bola keranjang kebangsaan dan pernah beraksi pada Sukan SEA 1993 di Singapura, berkata situasi anaknya itu membuatkan mereka sekeluarga bimbang dengan keadaan Zii Jia sebelum mengharungi kejohanan berkenaan.
"Selepas menerima piala dan pingat, dia sempat membuat panggilan video dengan kami sekeluarga untuk berkongsi kemenangan itu. Dia minta kami lihat piala itu sepuas-puasnya kerana tidak dapat membawa piala berkenaan pulang kerana perlu disimpan di England," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021
Ibu pemain badminton negara, Leow Siet Peng bersama bapanya, Lee Chee Hin menunjukkan sebahagian daripada pingat-pingat yang dimenangi oleh Juara Badminton Perseorangan Seluruh England 2021 Lee Zii Jia. - fotoBERNAMA
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.