KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa kementeriannya akan memastikan bahawa padang di Stadium Nasional Bukit Jalil diselia dan dijaga dengan baik.
Katanya beliau akan memastikan penggunaannya untuk aktiviti sukan terlaksana, dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga akan bekerjasama rapat dengan Pengurusan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi tujuan itu.
"Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail, atas kurniaan penajaan penanaman rumput di Stadium Nasional," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Sesungguhnya kurniaan penajaan Tunku bagi memastikan Stadium Nasional mempunyai padang yang mampu berfungsi untuk perlawanan antarabangsa amat bermakna buat seluruh pencinta bola sepak tempatan; khasnya kepada para pemain negara.
"Ini khasnya setelah Stadium Sultan Ibrahim, yang digunakan Pasukan JDT terbukti bertaraf antarabangsa serta diselia rapi," tambahnya.
BACA: TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
BACA: Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
BACA: 'Saya ikhlas, kalau tidak diterima, saya tidak boleh buat apa-apa' - TMJ
Menerusi ciapan di Twitternya, Ahmad Faizal turut menafikan tajuk laporan sebuah portal yang menggambarkan konon pihaknya akan menentukan sendiri jenis rumput bagi Stadium Nasional, selain meminta supaya pengendali akaun portal berkenaan untuk membetulkan tajuk artikel itu.
"Umum tahu hasrat mulia TMJ @HRHJohorII (Tunku Ismail) untuk taja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional yang kita sambut dengan hati terbuka.Tapi saya tidak pernah sebut untuk tentukan sendiri jenis rumput kelak," menurutnya.
Beliau turut berkongsikan artikel asal daripada Bernama bertajuk 'Stadium Nasional: KBS Hargai Penajaan TMJ, Belum Ada Hitam Putih' di pautan www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2060968#.
Terdahulu, Tunku Ismail, yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam satu hantaran menerusi laman Twitter bertitah baginda ikhlas untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional.
TMJ turut bertitah baginda berkenan untuk melawat SNBJ di sini pada 19 Mac depan selain berkongsi kos serta penyelenggaraan rumput baharu di stadium berkenaan tidak melebihi RM240,000 setahun.
Khamis lepas, Tunku Ismail menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers bertitah mahu menanggung kos pertukaran rumput 'Cow Grass' ke jenis 'Zeon Zoysia', sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT di Iskandar Puteri, sebagai hadiah kepada skuad Harimau Malaya.
Sementara itu Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon bakal mengadakan latihan selama lapan hari bermula 14 Mac (Isnin), untuk menghadapi Siri Tiga-Negara FAS 2022 berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura (26 Mac).
Pasukan kebangsaan juga akan beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bertemu pasukan ranking ke-134 dunia Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti aksi menentang Bahrain (89) pada 11 Jun dan Bangladesh (186) pada 14 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022

Ahmad Faizal memberi jaminan kementeriannya akan memastikan bahawa padang di Stadium Nasional Bukit Jalil diselia dan dijaga dengan baik. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik
Menteri Belia dan Sukan mahu setiap pemilihan yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat.

Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.

Hannah optimis tiada lagi isu air bertakung di Stadium Nasional
Episod air bertakung di padang sewaktu hujan lebat hampir pasti tidak akan berulang lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hannah 'di mana-mana' kerana mahu memahami keadaan sebenar
Ada yang berjenaka bahawa 'Hannah Yeoh di mana-mana' kerana beliau dilihat berada di pelbagai lokasi melibatkan sukan dan belia sejak dilantik sebagai menteri pada awal Disember lepas.

Khairy ucap selamat maju jaya kepada Hannah
Jemputan yang dibuat oleh Hannah itu adalah untuk berkongsi pandangannya berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.

Hannah Yeoh salur RM29,000 bantu beli van jenazah
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu.

Hari Sukan Negara 2022 tetap berlangsung seperti biasa - Ahmad Faizal
Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) di seluruh negara tetap berlangsung seperti biasa pada Sabtu ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Piala Asia 2023: Ahmad Faizal mengaku sokongan penyokong suntik semangat skuad Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan hargai sorakan tanpa henti penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang menggamatkan suasana di stadium.

Pusat belia dilengkapi stadium mini akan dibina di Kepala Batas
Pusat belia yang dilengkapi stadium mini bertaraf antarabangsa akan dibina di Kepala Batas

Prestasi skuad B-23: Tak wajar tuding jari kepada PPBN, AMD - Ahmad Faizal
Tidak wajar untuk menuding jari kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) atas kegagalan skuad B-23 negara menyerlah dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini.