KUALA LUMPUR: Episod air bertakung di padang sewaktu hujan lebat hampir pasti tidak akan berulang lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
Jaminan itu diberikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu telah melalui proses menaik taraf dan kerja-kerja penambahbaikan sejak beberapa bulan lepas.
"Ya (tiada lagi isu air bertakung), seperti anda saksikan dalam tayangan video (sewaktu perasmian hari ini) sebelum rumput ditanam ada (kerja-kerja) penggalian, kos itu agak tinggi.
"Semalam juga hujan dan PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) setiap hari pantau bagi pastikan tiada masalah (air bertakung) seperti itu," katanya pada sidang media Majlis Perasmian Padang Stadium Nasional hari ini.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan padang baharu Stadium Nasional iaitu sehari sebelum sepak mula pertandingan ikonik Pestabola Merdeka 2023 esok.
Majlis perasmian turut disempurnakan Hannah bersama Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi.
Pada Jun tahun lalu, pernah tular rakaman video memaparkan keadaan padang Stadium Nasional ditakungi air selepas hujan lebat menjelang aksi Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain.
Video itu menjadi perhatian selepas beberapa petugas dilihat menggunakan penyodok dan kadbod dalam usaha mengatasi masalah air bertakung sekali gus mengundang pelbagai kritikan.
Sementara itu, Mohd Faidz berkata keutamaan PSM adalah tetap kepada acara sukan, diikuti komuniti dan komersial biarpun mereka mampu menjana pendapatan dari sudut komersial seperti penganjuran konsert.
"Keutamaan PSM selalunya adalah sukan...memang dari segi komersial memberi sedikit sebanyak pendapatan kepada PSM sebab kita tak boleh 100 peratus harap geran kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tiga, kiri) berkenan melawat padang yang baharu ditukar kepada jenis rumput Zeon Zoysia pada Perasmian Padang Stadium Nasional hari ini. - Foto BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Hannah optimis tiada lagi isu air bertakung di Stadium Nasional
Episod air bertakung di padang sewaktu hujan lebat hampir pasti tidak akan berulang lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Air hujan bertakung di bumbung Gerbang Malam kejadian lama - MBI
Kejadian tersebut berlaku ketika kerja-kerja pemasangan bumbung pada bazar berkenaan sedang berjalan, dua bulan lalu.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 151 peratus
Peningkatan dikatakan berpunca daripada hujan yang berterusan sejak awal Mei tahun ini.

Hujan lebat, KL banjir lagi
Setakat jam 12.20 tengah hari, sebanyak sembilan lokasi di ibu negara yang terjejas.

Air bertakung punca kesesakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Kerja-kerja pengorekan laluan air sedang dilaksanakan oleh petugas Jabatan Kejuruteraan MBPP.

Proses naik taraf Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus ambil masa sebulan
MBPP menambahkan 10 saluran keluar air di kedua-dua arah jalan, di samping menukar sistem paip sedia.

MBPP arah jurutera beri penjelasan insiden air bertakung hujung jejantas semasa hujan
Siasatan awal menunjukkan takungan berlaku disebabkan sampah sarap yang banyak dan daun-daun kering yang menghalang laluan air ke sistem perparitan sedia ada.

Banjir Termenung: Sudah lima hari Kampung Padang Garam masih digenangi air
Penduduk di Kampung Padang Garam masih 'terperangkap' di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan paras air di kawasan rumah masing-masing masih tidak banyak berubah.

Tiada wabak Leptospirosis di tiga kawasan rekreasi di Tapah
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, sehingga 22 Februari lalu, sebanyak dua kes disahkan Leptospirosis telah dilaporkan dari Daerah Batang Padang.

Bumbung rumah tidak dibaiki punca wabak denggi di Klang
Bumbung blok yang tidak selenggara diburukkan lagi dengan masalah air bertakung menjadi punca utama penularan wabak denggi lebih 100 hari di Pangsapuri Taman Teluk Gedung, di sini.