JUARA Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Rabu mengumumkan secara rasmi Jalil Elias dari Syria sebagai pemain import baharu skuad Harimau Selatan.
Pengumuman itu dibuat JDT menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.
Video yang dimuat naik di semua platform media sosial rasmi kelab itu memaparkan Jalil dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri menaiki kereta jenis Hummer Limousine.
Sejurus tiba di SSI, Jalil disambut oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards sebelum menandatangani kontrak.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mengesahkan Elias akan menyertai Harimau Selatan bulan ini.
Baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) percaya kehadiran perancang tengah berusia 27 tahun itu mampu memberikan lebih keseimbangan di jentera tengah Harimau Selatan.
Elias akan mengisi kuota import Harimau Selatan dengan beberapa pemain import musim ini dilepaskan termasuk Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez.
Elias atau nama sebenarnya Jalil Juan Jose Elias sebelum ini beraksi dengan beberapa pasukan dan kelab terakhir yang disertainya adalah San Lorenzo dari 2021 hingga 2023.
Beliau kini merupakan pemain termahal Liga Malaysia (Liga-M) mencecah nilai 3 juta Euro (RM15.2 juta).
Sebelum ini, nilai arkitek berbisa itu dianggarkan pada tanda harga 2.75 juta Euro (RM14.3 Juta). - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 03 2024

Tunku Ismail bersama Elias. - Foto Facebook Johor Southern Tigers & Johor FA/Sinar Harian
Kebolehpasaran graduan TVET capai 99 peratus - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan bahawa tumpuan pada masa ini adalah TVET yang menyeluruh dan kursus-kursus relevan perlu diperhalusi mengikut kehendak pasaran.
Kerajaan berhasrat melahirkan tenaga kepakaran, kemahiran, dan kepintaran melalui pendidikan kolej vokasional.
Kerajaan berhasrat melahirkan tenaga kepakaran, kemahiran, dan kepintaran melalui pendidikan kolej vokasional.
Jumlah mangsa di Johor, Sarawak meningkat sedikit
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini
Dua pemandu lori maut dilanggar kereta ketika tukar tayar
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, dua lelaki berusia 26 dan 62 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah ketika menukar tayar lori.
Seorang pemandu Proton Saga hilang kawalan dan melanggar mangsa.
Mayat dibawa ke Hospital Papar untuk bedah siasat, sementara pemandu dan penumpang Proton Saga hanya cedera ringan.
Seorang pemandu Proton Saga hilang kawalan dan melanggar mangsa.
Mayat dibawa ke Hospital Papar untuk bedah siasat, sementara pemandu dan penumpang Proton Saga hanya cedera ringan.
Ribuan rakyat israel bantah keputusan kerajaan
Ribuan rakyat Israel turun bantah pemecatan ketua agensi risikan serta penyambungan semula perang di Gaza
343 ditahan, bantah penahanan datuk bandar Istanbul
Turkiye alami protes besar-besaran susulan penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu
Trump tarik balik kebenaran akses keselamatan musuh politik
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menarik balik akses keselamatan bekas Naib Presiden Kamala Harris, bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton serta beberapa lagi pemimpin Demokrat.
Juruterbang Maut ketika sertai pertunjukan udara
Seorang juruterbang maut selepas pesawatnya terhempas ketika menyertai Pertunjukan Udara West Coast di Saldanha, Afrika Selatan, pada Sabtu.

Lanun Somalia bebaskan kapal berbendera Yaman selepas beberapa hari ditawan
Lanun Somalia membebaskan sebuah kapal nelayan berbendera Yaman yang dirampas pada 16 Mac di perairan dikuasai lanun.
Lapangan Terbang Heathrow kembali operasi sepenuhnya
Lapangan Terbang Heathrow kembali beroperasi sepenuhnya pada Sabtu namun menghadapi cabaran dalam banyak perkara.
[TERKINI] Perompak kedai emas ditahan dalam tempoh 12 jam
Seorang lelaki yang melakukan rompakan di sebuah kedai emas di sebuah pasaraya di Kota Damansara, berjaya diberkas dalam tempoh 12 jam selepas kejadian.

JDT santuni anak yatim buka puasa di Stadium Sultan Ibrahim
Bersempena bulan Ramadan, gergasi Liga Super Malaysia, JDT berkesempatan menyantuni anak-anak yatim dengan menyediakan jamuan berbuka puasa di Stadium Sultan Ibrahim.

Jalil Elias patah balik ke JDT, tak jadi ke San Lorenzo
Pemain yang memiliki kerakyatan Syria itu memuat naik keberadaannya di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, tiga hari lalu.

JDT lantik Luis Garcia sebagai CEO bermula 1 April
JDT melantik pemenang Liga Juara-Juara Eropah dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Luis Garcia, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Kuching City panjat tangga ketiga, JDT terus unggul tanpa kekalahan
Kuching City FC mencatat kemenangan berharga selepas menundukkan Selangor FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching.

Insiden baling botol: TMJ nasihat penyokong JDT jaga tingkah laku
Tunku Mahkota Ismail menasihati penyokong bola sepak agar menjaga tingkah laku dan tidak bertindak keterlaluan susulan insiden baling botol.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

ACLE: Theerathon Bunmathan tersisih, Arif Aiman 'selamat'
Pemain kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan, terlepas peluang untuk beraksi bersama Buriram United dalam perlawanan timbal balik kedua pusingan 16 menentang JDT malam ini.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p