KUALA TERENGGANU: Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas dalam kenyataan di laman sosial facebook rasmi Terengganu FC hari ini.
Pengesahan itu sekali gus mematikan khabar angin atau desas-desus yang mengaitkan perpindahan pemain kelahiran Croatia itu ke skuad The Red Giants musim depan.
Menurut Mohd Sabri pemain berusia 26 tahun itu bersetuju menandatangani kontrak lanjutan dan membantu skuad Penyu melakar pencapaian lebih cemerlang dalam saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA musim 2024.
Beliau berkata faktor persekitaran, keserasian dan sokongan padu yang ditunjukkan penyokong skuad Penyu membuatkan Mamut memilih untuk terus kekal di bumi Darul Iman.
"Beliau sudah serasi dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran serta corak kejurulatihan TFC. Apa yang kita harapkan ialah beliau dapat membantu kita untuk lebih cemerlang selepas muncul naib juara Piala Malaysia musim ini," katanya.
Mamut yang berketinggian 1.92 meter memulakan kariernya dalam kancah bola sepak Malaysia di Terengganu selepas dibawa masuk oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner tahun ini.
Walaupun bergelut dengan prestasi tidak menentu pada awal musim, Mamut mengakhiri tahun 2023 dengan cemerlang apabila menjaringkan 24 gol dalam semua kejohanan termasuk Piala Konfederasi Asia (AFC) 2023.
Sebelum ini TFC turut melanjutkan kontrak Steinbruckner selepas berpuas hati dengan pencapaian beliau dalam tempoh semusim.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023

Pengesahan itu sekali gus mematikan khabar angin atau desas-desus yang mengaitkan perpindahan Mamut (tengah) ke skuad The Red Giants musim depan. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ivan Mamut kekal bersama TFC - CEO TFCSB
Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

'Kutuk pemain import bukan budaya Pantai Timur'
Mazuki berkata, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak wajar berlaku serta tidak mencerminkan jati diri masyarakat negeri ini.