Ini bermakna hanya iPhone 15 Pro, iPad Air/iPad Pro dengan Apple M dan MacBook-MacBook generasi baharu.
Mengejutkan, anda kelak mungkin boleh mengakses Apple Intelligence pada iPhone yang paling murah. Kaveatnya, ia hanya akan ditawarkan pada iPhone baharu iaitu iPhone SE generasi keempat.
iPhone ini dikatakan akan dijana cip Apple A18 dengan memori 8GB RAM yang sudah mencukupi untuk menjalankan Apple Intelligence.
Peranti ini turut akan menggunakan skrin OLED yang lebih baik, mempunyai satu kamera dan dimuatkan dalam tubuh seakan sebuah iPhone 14.
Penawaran ciri AI generatif pada semua barisan peranti cukup menarik perhatian. Ia seakan Samsung yang menawarkan Galaxy AI pada semua siri Galaxy S24.
Apple Intelligence boleh menjana emoji melalui Genmoji, membantu pengguna menulis tidak kira emel atau membalas mesej, menguruskan notifikasi, memberi penggunaan aplikasi Photos yang pintar dan banyak lagi.
Jika anda kecewa iPhone 15 Plus dan ke bawah yang sedang digunakan sekarang tidak menyokong Apple Intelligence, anda sekurang-kurangnya ada pilihan mampu milik untuk menggunakan AI Apple ini. -Amanz