APPLE AirTag dilancarkan pada tahun 2021 sebagai penjejak objek pertama keluaran mereka.


Ringkasan AI
  • Apple AirTag dilancarkan pada tahun 2021 dan digunakan untuk menjejak barangan yang hilang atau dicuri, serta lokasi bagasi yang disalah hantar.
  • AirTag juga disalahgunakan untuk menguntit dan mencuri kereta mewah.
  • AirTag generasi kedua akan dilancarkan pada pertengahan tahun depan dengan jarak penjejakan lebih besar, cip UWB baharu, dan speaker yang lebih sukar dibuang.


Ia dengan segera digunakan untuk menjejak barangan yang dicuri, lokasi bagasi yang disalah hantar oleh syarikat penerbangan dan juga berjaya mendedahkan sampah tidak dikitar semula seperti dijanjikan.

Pada waktu yang sama ia telah disalahgunakan untuk perompak kereta mewah dan aktiviti menguntit secara rahsia.

Pada pertengahan tahun depan, AirTag generasi kedua akan dilancarkan menurut laporan Mark Gurman di Bloomberg dengan beberapa penambahbaikan.

Pertama sekali jarak penjejakan AirTag akan menjadi lebih besar supaya pengguna boleh mencari objek lebih mudah.

Seterusnya ia akan dilengkapi cip UWB baharu yang disokong iPhone 15 dan ke atas.

Seterusnya speaker akan lebih sukar dibuang bagi mengelakkan ia digunakan sebagai peranti meguntit.

Secara keseluruhan dari segi rekaan luaran, tiada perbezaan ketara akan dilakukan pada AirTag generas kedua nanti. -Amanz