SEPANG: Intensiti latihan Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon telah dipertingkatkan sebagai persiapan bagi mengharungi cabaran getir yang menanti pada Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan sehingga 10 Feb ini.
Pemain sayap kanan negara Mohamad Faisal Abdul Halim berkata peningkatan kadar intensiti latihan itu, telah dilaksanakan Pan Gon sepanjang seminggu kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula 26 Dis lepas, di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.
"Tekanan memang terasa, seminggu berlatih tekanan pun tinggi, jurulatih Kim ada buat perubahan sikit dari segi intensiti...dari hari pertama berlatih sampai Sabtu kami diberikan intensiti latihan yang lebih tinggi.
"Pada saya, kita ada lagi dua minggu untuk sesuaikan dengan latihan intensiti lebih tinggi dan laju, dan permainan akan (bertambah baik) menjadi lebih sedap," katanya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mickey berkata demikian ketika ditemui sebelum pasukan negara berlepas ke Doha di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpu (KLIA) Terminal 1 di sini, tengah malam tadi.
Pemain Selangor FC itu berkata kesemua rakan sepasukan juga dilihat bersemangat untuk membuat penampilan di Piala Asia, yang disifatkan sebagai peluang terbesar untuk pasukan mengangkat semula nama Malaysia.
"Kita ke sana bukan sekadar melengkapkan kuota, tetapi untuk memberi saingan kepada pasukan lain," kata pemain berusia 25 tahun itu.
Mengulas lanjut, Mohamad Faisal berkata fokus pasukan ketika ini ialah perlawanan pembukaan saingan Kumpulan E menentang Jordan, pada 15 Jan ini.
"Itu (aksi bertemu Jordan) merupakan titik penting kita, sekiranya berjaya mendapatkan keputusan positif pada perlawanan pertama, tiga mata atau pun seri, ia akan memberi semangat kepada pasukan untuk menghadapi Bahrain," katanya.
Selepas bertemu Jordan, anak buah Pan Gon yang menyasarkan untuk layak ke pusingan 16 terbaik akan berdepan Bahrain pada 20 Jan dan menutup saingan kumpulan dengan menentang juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik, akan layak ke pusingan 16 terbaik di Doha.
Malaysia tidak pernah melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Asia, selepas terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga edisi terdahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
![Intensiti latihan skuad Harimau Malaya ditingkatkan bagi hadapi cabaran di Qatar Intensiti latihan skuad Harimau Malaya ditingkatkan bagi hadapi cabaran di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700201123_MohamadFaisalAbdul.jpg)
Mohamad Faisal berkata peningkatan kadar intensiti latihan itu, telah dilaksanakan Pan Gon sepanjang seminggu kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula 26 Disember lepas. - Bernama
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Inisiatif MISI perkasa pemandu lori India Malaysia untuk tingkatkan peluang kerjaya Inisiatif MISI perkasa pemandu lori India Malaysia untuk tingkatkan peluang kerjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739113467_MISI.jpg)
Inisiatif MISI perkasa pemandu lori India Malaysia untuk tingkatkan peluang kerjaya
Program latihan selama tiga hari itu mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap latihan khusus dalam bidang logistik.
![Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735218127_tbKimchiIbutunggal.jpg)
Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Setakat ini, seramai 35 ibu tunggal diberi tunjuk ajar cara menghasilkan dua produk makanan berasal dari luar negara itu.
![Kualiti pengajaran, latihan guru KAFA secara tersusun perlu diberi penekanan Kualiti pengajaran, latihan guru KAFA secara tersusun perlu diberi penekanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725269847_950x600.jpg)
Kualiti pengajaran, latihan guru KAFA secara tersusun perlu diberi penekanan
Guru KAFA hendaklah dilatih dengan modul latihan terkini dan metodologi pengajaran berkesan selain penggunaan teknologi dalam pengajaran.
![Aset udara ATM, pasukan keselamatan lakukan latihan penerbangan rendah mulai esok hingga 31 Ogos Aset udara ATM, pasukan keselamatan lakukan latihan penerbangan rendah mulai esok hingga 31 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687699001_TBTUDMLOGOjpg.jpg)
Aset udara ATM, pasukan keselamatan lakukan latihan penerbangan rendah mulai esok hingga 31 Ogos
Latihan penerbangan itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
![Olimpik Paris 2024: Azizulhasni kongsi detik cemas tersesat ketika jalani latihan Olimpik Paris 2024: Azizulhasni kongsi detik cemas tersesat ketika jalani latihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720733286_DatoAzizulhasni.jpg)
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni kongsi detik cemas tersesat ketika jalani latihan
Sesat semasa berlatih di Silverstone, United Kingdom bersama Nurul Izzah merupakan pengalaman yang sukar dilupakan Azizulhasni.
![Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720156473_DhabitahSabri.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
![Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720135182_FaisalAbdulHalim.jpg)
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
![RSAF gantung latihan F-16 selepas insiden jet terhempas RSAF gantung latihan F-16 selepas insiden jet terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695617365_RSAF.jpg)
RSAF gantung latihan F-16 selepas insiden jet terhempas
Latihan akan ditangguhkan sehingga siasatan mengesahkan bahawa ia selamat untuk disambung semula.
![JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714750747_TBJDTBOLA.jpg)
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
![Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713950931_BertrandRhodictLis.jpg)
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.