LAUTARO Martinez menyatakan Inter menunjukkan warna sebenar mereka dalam kemenangan derby 3-0 semalam ke atas Milan di San Siro.

The Nerazzurri kini mendahului dengan berkelebihan empat mata di puncak Serie A hasil dua jaringan Martinez dan gol ke-23 Romelu Lukaku dalam semua pertandingan.

Selepas tersingkir daripada saingan Eropah Disember lalu dan tewas dalam separuh akhir Coppa Italia kepada Juventus, Scudetto masih lagi menjadi harapan buat Inter meraih kejuaraan bagi musim 2020-21.

Martinez yakin mampu mengakhiri penantian 11 tahun untuk sekali lagi bergelar juara Itali.

"Inilah diri kami. Kami bersatu, berusaha setiap hari untuk memberikan yang terbaik dan mencapai ke tahap yang paling tinggi dan kami telah membuktikannya," kata Martinez.

"Kami berlari dan bersaing bersama, anda dapat melihatnya di atas padang. Banyak telah kami lalui tahun ini, dua penyingkiran dalam Coppa Italia dan Liga Juara-Juara. Serie A menjadi sasaran tunggal pasukan dan kami sedang berusaha mendapatkannya."


Lukaku menjadi pemain Inter pertama sejak Benito Lorenzi pada tahun 1950 yang menjaringkan gol dalam empat derbi liga berturut-turut menentang Milan.

Martinez percaya pemain antarabangsa Belgium itu masih boleh menjadi lebih baik kerana dia berhasrat untuk memenangi trofi kelab pertama sejak Liga Pro Belgium bersama Anderlecht pada tahun 2010.

"Lukaku boleh memperbaiki banyak lagi," kata Martinez. "Dia kini berusia 27 tahun, dia berusaha dan sentiasa tersedia buat rakan sepasukan."