KUALA LUMPUR: Perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia mengalami penyingkiran pusingan awal kali ketiga berturut-turut apabila tumpas kepada pemain berpengalaman Hong Kong, Angus Ng Ka Long, pada pusingan kedua, Indonesia Masters 2023,di Jakarta, malam ini.
Pada pertarungan selama 65 minit di Stadium Istora Senayan, Zii Jia, pilihan kedua kejohanan, memulakan saingan dengan menang 21-16 sebelum tunduk 20-22 dan 13-21 pada set penentuan kepada pemain ranking ke-18 dunia itu.
Pada saingan suku akhir esok, Ka Long akan berdepan dengan wakil Jepun, Kanta Tsuneyyama, yang turut menewaskan pemain Denmark , Anders Antonsen, 21-16, 21-10, pada aksi pusingan kedua.
Sebelum ini, Zii Jia, turut terkandas pada pusingan kedua, masing-masing pada Terbuka Malaysia 2023, awal bulan ini, dan Terbuka India 2023, minggu lalu.
Malaysia tidak mempunyai wakil dalam acara perseorangan lelaki selepas Ng Tze Yong turut tersingkir di pusingan kedua selepas kalah kali keempat di tangan pemain India, Lakshya Sen, 21-19, 8-21, 17-21.
Pemain India itu menewaskan Tze Yong pada pertemuan pertama di suku akhir Cabaran Antarabangsa Balngadesh 2019 diikuti final Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan separuh akhir Terbuka India 2022.
Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Peng Jing, selaku pilihan kedua, gagal ke suku akhir selepas dikejutkan oleh gandingan tuan rumah, Jafar Hidayutullah-Aisyah Salsabila Putri Pranata, 21-15, 7-21, 21-14.
Gandingan Indonesia bukan pilihan itu akan menentang gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping di suku akhir.
Sebelum itu, wakil China itu mengesahkan slot suku akhir selepas menundukkan gandingan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari, 21-16, 21-8, pada pusingan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Lee Zii Jia tumpas kepada pemain berpengalaman Hong Kong, Angus Ng Ka Long, pada pusingan kedua, Indonesia Masters 2023. - Gambar fail/ Bernama
PDRM tawar pengurangan saman di semua balai polis bulan depan
PDRM akan memperluaskan diskaun saman di balai-balai seluruh negara bermula Disember 2024.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.