Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, belum berputus asa terhadap harapannya untuk melihat Umar berkelana di luar negara meskipun keputusan ujian pertuturan bahasa inggeris (TOEFL) tidak menyebelahinya.
Ballard akan ke Johor Bahru dalam masa terdekat untuk melakukan perbincangan bersama pelari berusia 21 tahun itu bagi memutuskan perancangan terbaru bersama KOM.
Sudah semestinya Ballard mahu merealisasikan impian tersebut selain ingin menawarkan pilihan terbaik termasuk aspek akademik buat pemegang rekod kebangsaan acara 400m itu yang bakal menjadi permata baru sukan olahraga negara.