Pelumba Supermoto negara, Khairi Zakaria gagal dalam misinya untuk memenangi kategori Asia buat kali ketiga pada pusingan terakhir Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017 yang berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Ahad.
Anak jati Johor itu yang pernah menjuarai kategori Asia pada 2012 dan 2013, bermula perlahan setelah sekadar menduduki tempat keempat pada perlumbaan pertama dengan catatan 22 minit 13.127 saat melibatkan 26 pusingan.
Keputusan untuk menukar tayar sebelum bermula perlumbaan kedua nyata membawa tuah kepada Khairi yang memenangi perlumbaan berkenaan dengan catatan 21 minit 40.581 saat.
Kejayaan itu, bagaimanapun gagal membantu Khairi yang sekadar menduduki tangga kedua keseluruhan kategori Asia dengan mengumpul 203 mata berbanding pelumba Thailand, Trakarn Thangthong yang menjuarai kategori berkenaan setelah mengutip 211 mata.
Seorang lagi pelumba negara, Muhd Habibullah Mohd Salleh yang mewakili pasukan KTM Malaysia ELF Racing Team menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 147 mata.
Khairi yang ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah, berpuas hati dengan pencapaian diraih musim ini, walaupun gagal dalam misi untuk merampas kembali kategori Asia yang kali terakhir dimenanginya pada 2013.
"Bagi saya, pencapaian kali ini agak bagus kerana saingan pada musim ini agak sengit terutamanya daripada pelumba luar dan banyak perkara yang saya dapat pelajari daripada mereka untuk digunakan pada perlumbaan tahun depan.
"Untuk perlumbaan hari ini, saya membuat kesilapan melakukan pecutan lebih awal pada perlumbaan pertama sehingga menyebabkan saya terjatuh sebelum saya mengubah strategi membuat penukaran tayar dan mengurangkan kesilapan dan akhirnya saya berjaya memenangi perlumbaan kedua," katanya.
Dalam pada itu, pelumba United Kingdom, Lewis Cornish yang mewakili pasukan Kenny Motorworks Tekmo Racing mengesahkan kejuaraan kategori Terbuka dengan kutipan 212 mata selepas berakhir lima pusingan perlumbaan, musim ini.
Thangthong dan Khairi, masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga selepas mengutip 187 dan 181 mata.
KEDUDUKAN AKHIR:
Kategori Asia:
Trakarn Thangthong (THA) 211 mata
KHAIRI ZAKARIA (MAS) 203
MUHD HABIBULLAH MOHD SALLEH (MAS) 147
Takashi Sasaki (JPN) 136
Naoto Takayama (JPN) 121
Kategori Terbuka:
Lewis Cornish (UK) 212 mata
Trakarn Thangthong (THA) 187
KHAIRI ZAKARIA (MAS) 181
MUHD HABIBULLAH MOHD SALLEH (MAS) 127
Takashi Sasaki (JPN) 118
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2017
Khairi gagal dalam misinya untuk memenangi kategori Asia buat kali ketiga pada pusingan terakhir Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017 yang berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Impian Khairi raih kejuaraan di laman sendiri tidak kesampaian
Pelumba Supermoto negara, Khairi Zakaria gagal dalam misinya untuk memenangi kategori Asia buat kali ketiga pada pusingan terakhir Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017.