PERANCIS 3 MALAYSIA 1 

Laluan skuad Malaysia untuk ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara di Poland kian sempit selepas tunduk 1-3 kepada Perancis, sebentar tadi. 

Malaysia yang memerlukan kemenangan selepas terikat 4-4 dengan Pakistan dalam perlawanan Kumpulan A di Gniezno, Poland, kembali dihantui prestasi di hujung permainan. 

Anak buah Sarjit Singh itu menutup separuh masa pertama dengan 1-1 selepas jaringan padang Faizal Saari memadam jaringan minit ke-5 Timothee Clement. 

Namun, senario itu berubah apabila gawang negara dihukum oleh Francois Goyet (minit ke-43) dan Etieene Tynevez (minit ke-60). 

The Speedy Tigers akan kembali beraksi dua hari lagi apabila bertemu Kanada dalam aksi terakhir peringkat kumpulan sebelum perhitungan klafisikasi, Sabtu ini.