BURNLEY 0 TOTTENHAM 3
Mauricio Pochettino mengagumi prestasi hatrik luar biasa Harry Kane dalam kemenangan 3-0 Tottenham Hotspur ke atas Burnley awal pagi tadi, sekaligus mengundang kejutan kepada pengurusnya.
Penggempur England itu membuka jaringan selepas hanya tujuh minit aksi di Turf Moor apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Delle Alli dijatuhkan.
Kane kemudian memastikan kemenangan pada separuh masa kedua dengan gol pada minit ke-69 dan 79, sekaligus menyamai rekod 36 gol setahun dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) milik Alan Shearer.
Pochettino gembira dengan penyerang itu sambil berharap taruhan utamanya itu dapat meledak lebih banyak gol lagi.
"Pertama sekali, saya perlu mengucapkan tahniah kepada Harry," kata Pochettino kepada BT Sport. "Ia menyamai rekod Alan Shearer.
"Dia luar biasa, pemain hebat, dia memerlukan satu gol lagi untuk mengatasi rekod Alan -- kami akan dapat melihatnya dalam permainan seterusnya.
"Tetapi ia pencapaian yang hebat buatnya, dia boleh menjaringkan lebih daripada tiga gol hari ini berdasarkan peluang yang ada.
"Saya agak kecewa kerana kami tidak menjaringkan lebih banyak gol -- terdapat peluang terbuka untuk Son (Heung-min), (Moussa) Sissoko, saya kasihan dengan mereka, tetapi mereka perlu teruskan prestasi ini dalam perlawanan seterusnya agar mereka dapat menjaringkan gol, tidak ada masalah.
"Sukar untuk mencari kata-kata untuk menggambarkan Harry Kane. Malah, semasa saya di Spurs, saya terkejut dengannya.
"Hatrik yang dilakarnya adalah sesuatu yang bagus buatnya, namun kami sepatutnya boleh menjaringkan lebih daripada tiga, saya bimbang apabila anda tidak merebut peluang."
Pengurus Claret, Sean Dyche, memilih untuk memberi tumpuan kepada Alli kerana berasakan pemain itu patut dibuang padang sebelum dia memenangi penalti itu.
"Pemain boleh dibuang padang dengan terjahan seperti itu," kata Dyche. "Dia di luar kawalan dan anda menjangkakan kad merah untuk itu.
"Untuk penalti pula, dia rebah sebaik menerima sentuhan, ia hanyalah sentuhan kecil. Keputusan itu juga sukar untuk diterima."
Astro Arena
Sun Dec 24 2017

Harry Kane dan Kevin Long sedang beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Burnley dan Tottenham Hotspur di Turf Moor, 23 Dis, 2017. REUTERS

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

'Pasukan Manchester United paling teruk saya pernah lihat'
Alan Shearer berpendapat pasukan Manchester United ketika ini adalah pasukan paling teruk pernah dilihatnya.

EPL: Haaland mampu cecah 60 gol, kata Shearer
Erling Haaland, mampu menjaringkan 60 gol musim ini selepas pemain itu kian hampir untuk memecahkan rekod Alan Shearer dalam saingan EPL.

3 gol terpantas dalam Liga Perdana Inggeris
Jaringan Christian Eriksen menentang United adalah ketiga terpantas dalam liga Inggeris, jadi siapa yang menjaringkan gol terpantas sebelum ini?

Harry Kane: Kemenangan ke atas The Saints jadi keutamaan
Penyerang Tottenhan itu menegaskan kemenangan ke atas Southampton menjadi keutamaan berbanding memintas rekod Alan Shearer.

Hatrik Kane cetus kekaguman
Penggempur England itu membuka jaringan selepas hanya tujuh minit aksi di Turf Moor apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Delle Alli dijatuhkan.