BANGKOK: Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian legenda kriket Australia Shane Warne ketika bercuti di pulau Koh Samui adalah kematian biasa atau 'natural death'.

Jurucakap polis Thailand Kolonel Kissana Phathanacharoen berkata polis telah memaklumkan kepada keluarga Warne dan kedutaan Australia mengenai keputusan bedah siasat itu.

Mayat Warne akan diserahkan kepada pegawai konsular Australia untuk proses penghantaran pulang.

Warne, 52, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam biliknya di sebuah vila di Bo Phut pada Jumaat.

-- BERNAMA