JUARA Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah bakal membuat perhitungan menentukan pasukan mana yang layak menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2 November depan selepas mengatasi lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.
Pada aksi di Stadium Shah Alam, JDT yang tampil dengan kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Sabtu lalu meneruskan momentum cemerlang apabila menewaskan Selangor 3-0 untuk mara dengan agregat 5-1.
Pelawat kendalian Benjamin Mora bermula cemerlang apabila merobek gawang tuan rumah pada minit ke-25 hasil jaringan Safawi Rashid selepas menyempurnakan umpanan Afiq Fazail untuk kedudukan 1-0 babak pertama.
Bersambung babak kedua Harimau Selatan tidak perlu menunggu lama melebarkan jurang apabila sekali lagi Safawi merobek gawang The Red Giants kendalian B Sathianathan itu beberapa saat perlawanan bermula.
Pada minit ke-51, Safawi melengkapkan hatriknya apabila dengan bijak menyudahkan lorongan Gonzalo Cabrera untuk kedudukan JDT mengatasi Selangor 3-0.
Sementara aksi di Stadium Darulmakmur, Kuantan pula Pahang terpaksa akur kebangkitan luar biasa Kedah apabila tewas berdasarkan peraturan gol tempat lawan setelah terikat 5-5 selepas seri 8-8 secara agregat.
Tuan rumah yang memiliki kelebihan gol di laman lawan selepas mengikat Kedah 3-3 pada aksi di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu terlebih dulu dikejutkan jaringan minit kelapan Fernando Rodriguez yang menyudahkan hantaran Baddrol Bakhtiar.
Namun kedudukan itu tidak kekal lama selepas Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil rembatan cantik menewaskan Ifwat Akmal untuk kedudukan 1-1 babak pertama.
Bersambung babak kedua Lang Merah kembali di depan hasil jaringan Jonatan Bauman pada minit ke-54" selepas menerima umpanan dari Zaquan Adha.
Namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila skuad kendalian Dollah Salleh itu kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan minit ke-71 Lazarus Kaimbi untuk kelebihan kembali berpihak Tok Gajah.
Gol itu nyata tidak melemahkan semangat Lang Merah apabila Baddrol Bakhtiar kembali menjadikan kedudukan 3-3 pada minit ke-85.
Gol penyamaan itu mengheret perlawanan ke masa tambahan nyata membarakan semangat pemain-pemain pelawat apabila Renan Alves memastikan Lang Merah kembali di depan selepas menyudahkan sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar pada minit ke-93' untuk kedudukan 4-3.
Bersambung separuh kedua masa tambahan, tuan rumah diberikan sepakan penalti selepas Alves menjatuhkan Nwakaeme yang mudah disempurnakan Herold Goulon pada minit ke-114' untuk kedudukan 4-4.
Belum sempat tuan rumah kembali mengatur serangan, Fernando Rodriguez kembali meletakkan Lang Merah di depan 5-4 dengan gol pada minit ke-118'
Sembilan gol itu nyata tidak cukup mengakhiri perlawanan di Kuantan apabila Dickson Nwakaeme kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-121 untuk kedudukan 5-5 sekali gus agregat 8-8.
Sinar Harian
Sat Oct 26 2019
JDT meneruskan momentum cemerlang apabila menewaskan Selangor 3-0 untuk mara dengan agregat 5-1. -Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harimau Selatan, Lang Merah tentukan kejuaraan Piala Malaysia
JDT meneruskan momentum cemerlang apabila menewaskan Selangor 3-0 untuk mara dengan agregat 5-1.
Predator, ikon bola sepak kembali
Generasi baharu berpeluang mencipta sejarah dengan but bola sepak ikonik, Predator yang dikeluarkan kembali.