KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk beraksi sekurang-kurangnya tiga perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum menghadapi saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2022 (AFF) Bawah-23 Tahun (B-23) di Kemboja, Februari depan.
Ketua jurulatih skuad B-23 negara Brad Maloney yang dilaporkan kontraknya bersama pasukan kebangsaan dilanjutkan selama dua tahun baru-baru ini turut berharap pasukannya dapat dibentuk segera bulan depan.
"Saya ingin membentuk pasukan pada Januari dan mengatur tiga hingga empat perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi kejohanan itu bagi memberi kami setiap peluang untuk layak ke separuh akhir dan akhir," katanya menerusi mesej audio kepada media tempatan pada Rabu.
Pada kempen kejuaraan AFF B-23 yang dijadual bermula 14 hingga 26 Feb depan di Stadium Morodok Techno dan Stadium Prince, skuad Harimau Muda telah diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Indonesia, Myanmar dan Laos.
Naib juara edisi lepas, Thailand diundi bersama Vietnam dan Singapura dalam Kumpulan C manakala tuan rumah dalam Kumpulan A bersama Timor Leste, Filipina dan Brunei, dengan hanya juara kumpulan dan naib juara kumpulan terbaik mara ke separuh akhir.
Mengulas lanjut, Maloney menjangkakan pasukannya akan berdepan tugas sukar memandangkan ketiga-tiga pasukan lawan masing-masing telah mengharungi perlawanan sengit menentang pasukannya pada pertemuan terakhir mereka.
"Tiada perlawanan merupakan perlawanan mudah, tiada lawan mudah dikalahkan... sesiapa sahaja boleh mengalahkan orang lain namun saya harap kami dapat membentuk pasukan lebih awal dan membuat persiapan mantap untuk kejohanan ini untuk memberi kami peluang terbaik mengungguli kumpulan," katanya.
Jurulatih kelahiran Australia berusia 49 tahun itu memiliki rekod baik bersama skuad B-23 negara selepas membimbing pasukan itu layak ke Piala Asia 2022 yang akan berlangsung di Uzbekistan, Jun depan.
Malaysia menempah tempat ke pusingan akhir selepas muncul juara Kumpulan J dengan kemenangan 1-0 ke atas Laos dan tuan rumah sebelum menamatkan saingan kelayakan yang berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia, Oktober lepas, menentang Thailand.
Kejayaan itu hadir walaupun skuad Maloney tidak beraksi dalam sebarang perlawanan antarabangsa, sebaliknya menerusi perlawanan latihan menentang tiga pasukan Liga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Maloney memiliki rekod baik bersama skuad B-23 negara selepas membimbing pasukan itu layak ke Piala Asia 2022 yang akan berlangsung di Uzbekistan, Jun depan. - Gambar fail BERNAMA
Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan
Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lepas.
Peniaga didakwa pandu kereta laju, sebabkan kematian kanak-kanak perempuan
Seorang peniaga didakwa memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Lelaki Singapura dipenjara 6 bulan, denda RM6,000 mengaku sebar ajaran salah
Seorang lelaki warga Singapura dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 atas tiga pertuduhan mengajar dan menyebar ajaran salah.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Vicente puas hati persembahan menentang India
Vicente puas hati persembahan Harimau Malaya, namun kecewa dengan keputusan seri 1-1 menentang India dalam perlawanan persahabatan malam tadi.
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia
KPM menyiasat laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
EPL: Rodrigo Bentancur digantung tujuh aksi akibat kenyataan bersifat rasis terhadap Son Heung-min
Pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur, dihukum tujuh perlawanan oleh FA England akibat membuat kenyataan bersifat rasis terhadap rakan sepasukannya Son Heung-min.
FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai kata putus bagi melepaskan khidmat Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.
Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.
Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara
Skuad Brad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.
Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos
Pertemuan menentang Laos hari ini menjadi peluang terbaik buat skuad muda negara menebus kehampaan.
Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah
Muhammad Mukhairi berkata fokus pasukan hanya tertumpu kepada usaha membentuk skuad terbaik.
Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas.