RATA-RATA netizen meluahkan rasa tidak senang dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menukar gelaran rasmi skuad bola sepak kebangsaan daripada "Harimau Malaya" kepada "Harimau Malaysia" hari ini.

Menurut Presiden FAM, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, keputusan ini diambil untuk memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan adalah milik seluruh rakyat Malaysia, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak.

Kalangan netizen berpendapat keputusan ini tidak sesuai memandangkan gelaran asal Harimau Malaya diberi berdasarkan subspesis harimau sebenar dengan nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni, sedangkan spesis “Harimau Malaysia” tidak wujud.





Gelaran tidak jamin prestasi

Sebilangan besar netizen turut menegaskan FAM seharusnya memberi tumpuan kepada pengurusan pasukan dan prestasi pasukan berbanding penukaran nama yang hanya bersifat luaran.




Setuju gelaran baharu

Bagaimanapun, ada juga sebahagian netizen yang bersetuju dengan gelaran baharu yang diumumkan oleh FAM.




Netizen bersetuju dengan gelaran Harimau Malaysia

Netizen bersetuju dengan gelaran Harimau Malaysia