Malaysia gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil apabila tumpas 2-3 kepada India pada perlawanan suku akhir Liga Hoki Sedunia (HWL) di Stadium KHC Dragons di Antwerp, Belgium.
Kali terakhir Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik ialah di Sydney pada 2000.
Pada Ahad lepas, Malaysia tewas 1-3 kepada Great Britain untuk menduduki tempat ketiga Kumpulan B. Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut selepas tumpas 0-2 kepada tuan rumah Belgium pada Jumaat lepas.
Malaysia memulakan kempen pada kejohanan tersebut dengan bergaya apabila mengalahkan China 3-2 dan menewaskan Ireland 4-2. Tiga pasukan teratas pada kejohanan tersebut layak secara automatik beraksi
pada Sukan Olimpik 2016, manakala pasukan di kedudukan keempat masih berpeluang layak ke temasya sukan tersebut.
Pada aksi hidup mati menentang India hari ini, Malaysia dikejutkan dengan gol pembukaan India pada minit ketiga menerusi Satbir Singh yang tidak dikawal, namun skuad negara bangkit menyamakan kedudukan melalui ketua pasukan Mohd Razie Abdul Rahim yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-11.
Malaysia terus menampilkan aksi terbaik dan mencipta banyak peluang dengan dua pukulan sudut penalti pada suku kedua perlawanan namun sukar membolosi pintu gol India, sehinggalah pada minit ke-23.
Shahril Saabah yang membuat penampilan pertama pada kejohanan tersebut berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk meletakkan 'The Speedy Tigers' di hadapan tujuh minit sebelum separuh masa pertama tamat.
Penjaga gol Roslan Jamaluddin yang menggantikan tempat S. Kumar, yang terpaksa pulang ke tanah air berikutan kematian anak lelakinya sebelum kejohanan itu bermula, berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya India pada suku ketiga permainan.
Namun di suku keempat perlawanan, dua pukulan sudut penalti daripada Jasjit Kular Singh pada minit ke-49 dan 56, meranapkan harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau beraksi pada Sukan Olimpik.
Bernama
Thu Jul 02 2015

Malaysia gagal melayakkan diri ke Olimpik Rio de Janeiro, Brazil apabila tumpas kepada India pada perlawanan suku akhir Liga Hoki Sedunia.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Lelaki panjat Big Ben kibar bendera Palestin ditahan
Seorang lelaki yang memanjat bahagian bawah Menara Elizabeth Big Ben di Istana Westminster, London pada awal pagi Sabtu telah ditahan pihak berkuasa Britain.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Trump beri bayangan pertimbang pelan tarif terhadap UK
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi bayangan bahawa beliau sedang mempertimbangkan mengenakan tarif terhadap United Kingdom.

'Deepfake' berunsur lucah dihasilkan AI bakal jadi kesalahan jenayah di Britain
'Deepfake' ialah video, gambar atau klip audio yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk kelihatan seperti benar.

Britain umum bantuan ketenteraan RM1.27 bilion ke Ukraine
Britain mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai 225 juta pound untuk Ukraine pada tahun depan, termasuk bantuan dron, bot, dan sistem pertahanan udara.

Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.