HANGZHOU: China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.
Selepas edisi Beijing 1990 dan Guangzhou 2010, Hangzhou - ibu kota wilayah Zhejiang - ialah bandar ketiga menganjurkan temasya sukan pelbagai jenis yang kedua terbesar di dunia itu.
Sukan Asia ke-19 menampilkan 481 acara daripada 40 sukan yang berlangsung di 54 venue, terutamanya di Hangzhou, dan lima bandar hos bersama iaitu Ningbo, Wenzhou, Huzhou, Shaoxing dan Jinhua.
Selaras dengan tema "Heart to Heart, @Future", Hangzhou mempunyai elemen moden dan hijau dalam penganjurannya, termasuk sistem pembayaran tanpa tunai dan penggunaan teknologi canggih.
Presiden China Xi Jinping dijadualkan menghadiri upacara pembukaan di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, yang digelar sebagai teratai besar Sabtu ini.
Berdasarkan pemerhatian Bernama, kesediaan untuk menyambut dan menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara sedang giat dijalankan dengan perkhidmatan pengangkutan, penginapan selesa, kemudahan ruang makan dan venue yang serba canggih disediakan.
Perjalanan petugas Bernama semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou ke Media Village (apartmen) yang terletak di Qianjiang Century City yang baru dibangunkan, dibantu dengan lorong imigresen khusus dan perkhidmatan ulang-alik, serta hiasan dan bahan promosi Sukan Asia ke-19 seperti kain rentang, gegantung dan bunga-bungaan kelihatan di seluruh bandar.
Terima kasih khas kepada sukarelawan yang membantu memudahkan proses ini.
Pusat Media Utama (MMC) yang terletak di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou, menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk kira-kira 5,000 petugas media yang dijangka membuat liputan pada temasya berkenaan.
MMC termasuk Pusat Akhbar Utama, Pusat Penyiaran Antarabangsa, bilik sidang media dan ruang makan dengan pelbagai hidangan serta perkhidmatan lain seperti telekomunikasi, perbankan dan pertukaran mata wang untuk membantu petugas media.
Pengarang Berita Sukan dan Perlumbaan South China Morning Post (SCMP) Joshua Ball, yang mempunyai pengalaman luas kira-kira 25 tahun dalam kewartawanan sukan termasuk membuat liputan Sukan Komanwel Manchester 2002 dan Sukan Olimpik London 2012 berkata Sukan Asia dilihat dianjurkan dengan baik.
"Ini Sukan Asia pertama saya, dan ia sangat mengagumkan. Ia pengalaman yang menarik, Pusat Media kelihatan hebat, Media Village amat besar manakala sistem pengangkutan juga bagus.
"Sukan Asia mempunyai lebih ramai atlet yang bertanding berbanding Sukan Olimpik Tokyo dan Paris. Penganjuran seperti ini memerlukan banyak masa dan usaha, (penganjur) melakukannya dengan baik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di MMC.
Hangzhou 2022 merupakan Sukan Asia pertama menawarkan kelayakan Olimpik untuk tinju, sama seperti memanah, hoki, pelayaran, tenis dan breaking, manakala e-sukan akan dipertandingkan sebagai sukan berpingat buat kali pertama.
Edisi Hangzhou juga akan menampilkan kira-kira 200 atlet Korea Utara, penyertaan pertama negara itu dalam acara sukan pelbagai jenis peringkat antarabangsa sejak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, menamatkan pengasingannya sejak wabak COVID-19 pada awal 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Maskot rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022 bernama (dari kiri) Lianlian, Congcong dan Chenchen dipamerkan di pusat media hari ini. - Gambar/ Bernama

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.

Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.

Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.

Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.

Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.

Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.

Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz

Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.

Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.