MANAMA : Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin bersaing merebut kerusi Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 pada Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di sini hari ini.
Hamidin antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia dalam Majlis FIFA pada Kongres AFC ke-33 itu bermula 10 pagi (3 petang waktu Malaysia) ini di Pusat Konvensyen Gulf, di sini.
Beliau akan dicabar penyandang jawatan Du Zhaocai dari China, Kohzo Tashima (Jepun) dan Mariano Areneta Jr. (Filipina), selain Mong Gyu Chung (Korea Selatan), Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani (Qatar) dan Yasser H. Almisehal (Arab Saudi).
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi wakil Malaysia pertama dalam Majlis FIFA susulan kemenangan baginda pada Kongres 2015, manakala Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah pernah berkhidmat sebagai naib presiden FIFA dari 1982 hingga 1990.
Sementara itu, Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa mengekalkan jawatan tertinggi berkenaan tanpa bertanding bagi tempoh empat tahun lagi.
Kongres itu juga dijangka memutuskan negara tuan rumah Piala Asia 2027, dengan Arab Saudi menjadi satu-satunya pembida yang tinggal selepas penarikan diri India dan Qatar, yang mengambil hak penganjuran bagi edisi 2023 menggantikan China.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023
Hamidin antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia dalam Majlis FIFA pada Kongres AFC ke-33. - Fail/BERNAMA
PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.
Pemain badminton China rebah sebelum meninggal dunia
Kejadian berlaku ketika pemain muda itu beraksi menentang Jepun dalam saingan peringkat kumpulan pada jam 12.20 malam.
AWANI Pagi: Penemuan bersejarah di Bukit Choras & menariknya arkeologi
Ikuti cerita pasukan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat penemuan bersejarah di Bukit Choras, Yan, Kedah.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Transformasi pengurusan bengkel, penyelesaian inovatif automotif
Pomen Autodata Sdn Bhd (Pomen) telah mengumumkan pelancaran Engarage, Sistem Pengurusan Bengkel Bersepadu (SaaS) berasaskan awan yang direka untuk membantu bengkel automotif dan pusat perkhidmatan. Bagaimana teknologi dapat membentuk industri perkhidmatan automotif di Malaysia ke tahap yang lebih baik?
PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.
Jiwa SME: Revolusi pemasaran digital, tingkatkan akses pasaran
Banyak syarikat tempatan berlumba-lumba mencari perunding pemasaran digital yang boleh membantu mereka meningkatkan kehadiran dan prestasi perniagaan di platform digital. SRA Marketing menawarkan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif untuk memenuhi permintaan ini termasuk pemasaran digital, kandungan kreatif, penjenamaan, dan lain-lain lagi.
Analisis ekonomi & pasaran: Dari pemulihan kepada pulih
Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan membincangkan bagaimana setiap data KDNK dan inflasi mempengaruhi ekonomi dan pasaran modal.
Ringgit dijangka sekitar RM4.70 berbanding dolar AS minggu ini
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pendirian untuk menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS berkemungkinan mengehadkan potensi kenaikan ringgit minggu ini.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
FBM KLCI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini
Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu ini apabila peniaga bertindak balas terhadap data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan pada Jumaat lalu. Perbelanjaan penggunaan pembelian teras (PCE) bulanan AS bagi bulan Mei 2024 meningkat 0.1 peratus dan perkembangan itu menyokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mula menurunkan kadar faedah pada September.
Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor
Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.
Hamidin masih ada misi yang belum selesai sebagai Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan untuk terus menerajui badan induk itu kerana terdapat misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya.
'Keadaan Faisal cukup menyedihkan' - Hamidin
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kesal dengan kejadian yang menimpa Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Presiden FAM rai media Malaysia di Qatar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini meraikan petugas media dari Malaysia yang membuat liputan Piala Asia 2023.
Hamidin akui projek naturalisasi FAM gagal
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengakui projek pemain naturalisasi yang dikelolakan badan induk itu sebelum ini gagal.
Hamidin dan Presiden FIFA Infantino bincang pembangunan bola sepak Malaysia
Kedua-dua mereka juga mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia.
Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.
Hamidin antara tujuh bertanding Ahli Majlis FIFA
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bersaing merebut kerusi Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.
Presiden FAM santuni legenda bola sepak negara menderita kanser
Bekas pemain kebangsaan era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar menderita kanser prostat tahap empat sejak lebih dua tahun lepas.