KUALA LUMPUR: Hakim Danish Ramli mencipta sejarah selepas dinobatkan sebagai pelumba pertama Malaysia merangkul gelaran juara keseluruhan Idemitsu Asia Talent Cup bagi musim 2022.
Perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Mandalika di Indonesia hari ini menyaksikan Hakim berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam perlumbaan kedua, memadai buatnya menjuarai untuk musim ini.
Memetik laporan Berita Harian, pelumba berusia 15 tahun ini berhasil mengumpul 187 mata mengatasi pelumba Jepun, Shinya Ezawa dengan 177 mata sekaligus sekadar meraih tempat ketiga dalam perlumbaan hari ini.
Pada perlumbaan bersempena Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), juara menjadi milik Veda Ega Pratama yang menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 141 mata.
Dia juga berjaya muncul juara dalam perlumbaan pertama semalam, yang menyaksikan Hakim Danish menduduki tempat ketiga dan Carter Thompson (Australia) melengkapkan podium di kedudukan kedua.
Pencapaian anak jati Kuala Terengganu ini turut dibantu kejayaan selepas meraih kedua-dua gelaran juara pada perlumbaan di litar yang sama pada pusingan kedua Mac lalu.
Selepas itu dia berjaya muncul juara di pusingan keempat di Litar Antarabangsa Chang Thailand dalam perlumbaan pertama dan meraih kejuaraan dalam perlumbaan kedua di pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Faida Rahim
Sun Nov 13 2022

Hakim Danish Ramli mencipta sejarah selepas dinobatkan sebagai pelumba pertama Malaysia merangkul gelaran juara keseluruhan Idemitsu Asia Talent Cup bagi musim 2022. - Foto Facebook/TARMAC SPORTS MALAYSIA

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Hakim Danish juara Idemitsu Asia Talent Cup 2022
Hakim Danish Ramli mencipta sejarah selepas dinobatkan sebagai pelumba pertama Malaysia merangkul gelaran juara keseluruhan Idemitsu Asia Talent Cup bagi musim 2022.