Penyerang muda bawah 22 tahun kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak kekal beraksi bersama Kelab Divisyen Dua Liga Bolasepak Profesional Jepun (Liga J), Fagiano Okayama bagi tempoh setahun lagi.
Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd Hiroshi Hamada berkata syarikatnya sedia menyambung penajaan pemain itu kerana mendapati beliau mempunyai potensi besar untuk menyinar pada masa hadapan.
Katanya Hadi Fayyadh selaku pemain penyerang telah menunjukkan komitmen yang baik sepanjang sesi latihan selama setahun dengan kelab tersebut.
"Beliau telah menunjukkan persembahan yang baik dan beliau baru berumur 19 tahun. Saya percaya bakatnya boleh digilap untuk menjadi pemain yang lebih baik. Kecederaannya tahun lepas dan masalah bahasa menjadi kekangan kepada beliau untuk menunjukkan bakatnya.
"Saya percaya ia boleh diperbaiki dan kebanyakan pemain untuk Liga J menunjukkan persembahan terbaik pada umur 21 dan 22 tahun," katanya pada sidang media di Akademi Mokhtar Dahari di sini, pada Rabu.
Hamada menambah pihaknya juga akan terus menaja pemain berpotensi itu sebagai tanda kepercayaan dan sokongan kepada Hadi Fayyadh yang disifatkan sebagai pelaburan jangka panjang untuk sukan bola sepak termasuk semasa berada di Jepun.
Sementara itu, Hadi Fayyadh mengakui meskipun persembahannya pada musim lalu tidak konsisten, beliau masih optimis mampu menyinar di negara matahari terbit itu dengan sokongan padu keluarga, Yakult Malaysia dan kelab yang diwakilinya.
"Persembahan saya musim lalu ada naik turun terutamanya semasa mengalami kecederaan selama dua bulan selain sedang cuba menyesuaikan diri di sana.
"Tetapi tiada yang mustahil untuk saya bangkit dan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan... saya juga sudah tahu apa yang dikehendaki oleh jurulatih dan akan berusaha memenuhi jangkaannya," katanya.
Hadi Fayyadh menambah beliau juga masih tetap berlatih walaupun dalam tempoh berehat bagi memastikan dirinya tetap cergas dan tidak sukar untuk mengejar keupayaan rakan sepasukan sekembalinya ke Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 18 2019

Hadi Fayyadh kekal beraksi bersama Fagiano Okayama bagi tempoh setahun lagi. -Instagram/@hadifayyadh_

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu telah menerima sejumlah 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.

Peluang sama ke separuh akhir - Kim Swee
Semua pasukan dalam kumpulan B mempunyai peluang yang sama untuk layak ke saingan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak AFF Bawah 22 Tahun.