Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membayangkan tidak akan menggunakan khidmat bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez, untuk membimbing skuad kebangsaan.
Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata FAM akan mencari individu lain yang benar-benar berminat selepas Gomez meminta gaji lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan badan induk itu.
"Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan bahawa beliau meminta gaji yang tinggi. Kami menawarkan AS$25,000 (RM110,900) kepada beliau tetapi beliau meminta AS$40,000 (RM177,500)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM, pada Khamis.
"Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan? Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia," ujar beliau.
Tambahnya lagi, beliau sudah menetapkan satu polisi di mana setiap jurulatih luar negara perlu dibantu oleh jurulatih anak tempatan.
"Bukankah Tan Cheng Hoe sekarang adalah jurulatih anak tempatan yang bagus? Saya sedang melakukan kerjasama yang terbaik untuk skuad kebangsaan tetapi penyokong semua bising kata 'jangan ambil dialah', 'pilih orang lainlah'.
"Kami telah memulakan projek ini dan meminta beberapa nama untuk dipilih, dan nama Cheng Hoe tersenarai dan dilihat sebagai jurulatih yang terbaik buat masa sekarang.
"Bukankah untuk memilih yang terbaik bagi membimbing pasukan kebangsaan adalah keutamaan kita? Betulkah anda semua sayangkan pasukan kebangsaan? Dan betulkah anda semua inginkan perubahan? Apa yang anda semua nak sebenarnya?" ujar beliau.
Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata pada masa ini penyokong dan pihak media telah diberikan keistimewaan untuk bertanya dan meminta sendiri kepada presiden mengenai apa sahaja yang ingin diketahui dan pada bila-bila masa sahaja.
"Malah, tahap ketelusan dan maklumat yang telah saya kongsikan dalam masa 11 hari saya menjadi presiden adalah lebih banyak daripada apa yang anda dapat sejak 30 tahun dan anda semua masih lagi 'complain'. Inilah dia pemikiran bola sepak Malaysia," katanya lagi.
Astro Arena
Thu Apr 06 2017
TUNKU ISMAIL: Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Anggota skuad Piala Dunia England 1966, George Eastham meninggal dunia
Pemain sayap itu merupakan sebahagian skuad bimbingan Sir Alf Ramsey yang menjulang Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah England.
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.
Liga Jerman akan perluas 'Bundesliga Pass' ke negara tambahan
India menjadi negara pertama di luar Jerman yang dapat mengakses semua perlawanan Bundesliga dan divisyen kedua melalui perkhidmatan itu pada Ogos.
Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ menentang Singapura untuk mara ke separuh akhir
Ia selepas aksi Kumpulan A malam ini menyaksikan Thailand berjaya bangkit menumpaskan Singapura 4-2.
Skuad B-13 JDT terlepas tiket final Festival Bolasepak Antarabangsa JSE
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) B-13 akan turun merebut penentuan tempat ketiga Festival Bolasepak Antarabangsa JSE, Thailand, hari ini.
"Saya tidak cukup bagus" - Guardiola
Guardiola yang menyaksikan City mencipta 10 peluang percaya dia bukanlah orang yang tepat untuk memimpin City berdasarkan kemerosotan mereka baru-baru ini.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.