Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen van Huizen, tidak dapat menerima kekalahan 7-0 pasukannya kepada England dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sukan Komanwel di Pusat Hoki Gold Coast, pagi tadi.
Dia berkata Malaysia banyak melakukan kesilapan sehingga memberikan jaringan mudah kepada lawan, dengan dua gol masing-masing daripada Sam Ward dan Mark Gleghorne manakala tiga lagi disumbangkan oleh David Goodfield, Harry Martin dan Phil Roper.
"Memang kami tidak boleh terima dengan kekalahan ini, 7-0," katanya.
"Banyak kesilapan mudah, maksud saya, kami memberikan jaringan mudah kepada lawan.
"Apabila masuk ke dalam kejohanan seperti Sukan Komanwel ini, kami sudah menjangka tekanan yang diterima.
"Tetapi tidak apa, kami akan kembali bersatu dan cuba mendapatkan perlawanan yang baik esok."
England memberikan asakan sejak awal perlawanan berdepan Malaysia yang menghuni ranking ke-12 dunia.
Pemain hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, turut melahirkan kekecewaan selepas perlawanan tersebut.
"Saya rasa ini perlawanan yang teruk," katanya.
"Satu permulaan yang tidak baik untuk pasukan kita.
"Jadi, kami akan berusaha untuk perlawanan seterusnya. Itu yang boleh saya katakan."
Malaysia bakal kembali ke Pusat Hoki Gold Coast esok bagi aksi seterusnya berdepan Wales.
Gempak
Fri Apr 06 2018
Pemain hoki negara Razie Rahim cuba melepasi penjaga gol England semasa perlawanan peringkat kumpulan Sukan Komanwel di Gold Coast Centre hari ini. Malaysia tewas dengan keputusan 7-0. -BERNAMA
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.
Malaysia-Pakistan sasar tingkatkan hubungan perdagangan
PM Anwar Ibrahim dan Shehbaz Sharif komited meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan, dengan fokus pada eksport, teknologi pertanian, farmaseutikal, dan kerjasama sektor pekerja mahir.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
[LAPOR LANGSUNG] Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus
Pemain boling padang Pulau Pinang Mohd Firdaus Ab Rahman menyambar pingat emas terakhir Para SUKMA 2024 selepas memenangi acara perseorangan lelaki B8.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
SUKMA 2024: Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menang emas beregu wanita dan lelaki
Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menambah koleksi emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila mengungguli kategori beregu lelaki dan wanita, hari ini.
SUKMA 2024: Negeri Sembilan raih emas tenpin boling selepas 14 tahun
Skuad lelaki Negeri Sembilan melangkah ke podium dengan bergaya apabila menamatkan penantian 14 tahun pingat emas tenpin boling Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.
SUKMA 2024: Joey Tan pertahan emas recurve wanita
Atlet memanah Sarawak Joey Tan Xing Lei berjaya mempertahankan pingat emas acara 70-meter recurve individu wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
MPM sedia jadi pengubat duka rakyat Malaysia di Paris - Megat D. Shahriman
Megat D. Shahriman optimis kontinjen negara mampu mencapai sasaran misi empat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Olimpik Paris 2024: Tuan rumah raih emas pertama menerusi ragbi 7 sebelah
Tuan rumah Perancis meraih emas pertama mereka pada Sukan Olimpik Paris selepas menang 28-7 menentang Fiji.
AUG 2024: Emas hadiah hari jadi Afiq Danish
Atlet judo lelaki negara Afiq Danish Zapri berjaya menyambar pingat emas kategori bawah 90kg di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini.
Kem wanita sumbang dua emas Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia
Kem wanita menghadirkan dua pingat emas menerusi acara All Events dan berpasukan wanita pada hari ketiga Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23.
India bawa pulang 100 tan emas dari Britain - Laporan
India adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia selain menjadi pengguna kedua terbesar logam berharga itu.