PIERRE-Emerick Aubameyang sah menjadi pemain pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Pro Saudi, Al-Qadsiah, selepas mengikat kontrak selama dua tahun.

Penyerang berusia 35 tahun itu menjadi pemain berprofil tinggi terbaru menyertai kelab Arab Saudi berkenaan selepas ketibaan Nacho dan Koen Casteels, masing-masing daripada Real Madrid dan Wolfsburg.

Aubameyang menyertai pasukan itu selepas hanya semusim bersama Marseille, di mana dia menjaringkan 30 gol daripada 51 penampilan.


Pernah memenangi La Liga bersama Barcelona, Aubameyang juga memenangi DFB-Pokal sewaktu bersama Borussia Dortmund dan Piala FA Inggeris bersama Arsenal. - Stadium Astro