NEWCASTLE UNITED 0 - 1 ARSENAL

Arsenal mencatat kemenangan 2 - 0 ke atas Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St James' Park pada Ahad.

Pemain Arsenal Pierre Emerick Aubameyang menyumbangkan gol pada aksi pertamanya selepas pulih daripada malaria.

Satu lagi jaringan Arsenal disumbangkan Mohamed Elneny seawal minit kelima.

Ini merupakan gol pertama Elneny buat The Gunners.

Kemenangan pertama Arsenal dalam tiga perlawanan ini melonjakkan kelab itu ke tangga kesembilan liga.

Ia juga memberi lonjakan moral menjelang pertemuan bagi aksi Liga Europa dengan Villareal.

Sementara itu, Newcastle berada di tangga 17, sembilan mata dari zon penyingkiran.