PEMAIN Australia Marcus Fraser merangkul gelaran Kejohanan Golf Maybank Malaysia yang diadakan buat julung kali di Kelab Golf Diraja Selangor dengan catatan 15 bawah par 269.

Pemain Korea Selatan Lee Soomin yang merupakan pendahulu saingan sebelum hari terakhir hanya sekadar berkongsi tempat kedua dengan pemain dari Filipina Miguel Tabuena dengan melakar 13 bawah par 271.

Ketinggalan tiga pukulan di belakang pemenang ialah pemain Perancis Julien Quesne dan Pemain Sepanyol Jorge Campillo yang mengutip jumlah mata yang sama iaitu 12 bawah par 272.