INTER MILAN 3 SPEZIA 0

Inter Milan mengekalkan permulaan sempurna dalam saingan Serie A musim ini apabila menewaskan Spezia 3-0 di San Siro awal pagi tadi, di mana Lautaro Martinez turut menjaringkan gol gemilang bagi membuka akaun jaringannya.

Martinez memecahkan kebuntuan tuan rumah menerusi gol dari luar kawasan penati untuk Inter mengawal permainan selepas Denzel Dumfries dan Romelu Lukaku terlepas perluang keemasan sebelum waktu rehat.

Hakan Calhanoglu kemudian memberikan Nerazzurri kelebihan lebih selesa dengan penyudah kaki kanannya tidak lama selepas perlawanan bersambung.

Joaquin Correa menjaringkan gol ketiga Inter pada lewat permainan, sekali gus membawa pasukan bimbingan Simone Inzaghi itu ke puncak liga selepas dua perlawanan.

Sebagai rekod, gandingan Martinez dan Lukaku menjaringkan lapan gol buat Inter ketika memenangi gelaran Serie A musim 2020-21, sekali gus menjadi gandingan paling efektif dalam liga berkenaan.

Dipisahkan sepanjang musim lalu - Lukaku menyertai Chelsea sebelum pulang ke Inter secara pinjaman - tidak memudarkan persefahaman sesama mereka, di mana Martinez membuka jaringan perlawanan kali ini susulan tandukan awal penyerang Belgium itu.

Inter seterusnya akan bertandang ke Rome bagi pertemuan dengan Lazio pada Sabtu depan manakala Spezia pula akan melayani kunjungan Sassuolo sehari kemudian.