Frenz United A bakal membuat perhitungan dengan wakil Jepun, Kashima Antlers dalam final Trofi Juara-Juara Asia yang dijadualkan berlangsung pada 11 November depan.

Anak buah Steve McMahon mara ke final selepas membenam Frenz United B, namun separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan sebelum mereka memperkemaskan permainan untuk meledak tiga gol dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Hang Tuah, Melaka sekali gus menang dengan agregat 5-1.

Dalam satu lagi separuh akhir kedua menyaksikan Kashima Antlers menewaskan AIFF India 3-0 untuk meraih kemenangan agregat 4-1.