Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) perlu bersikap profesional terhadap kemelut pengambilan pemain import yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata badan pengurusan Liga Malaysia (Liga-M) itu seharusnya merujuk kepada persatuannya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pengambilan dua pemain import baharu pasukan Kelantan.
"Boleh tidak kalau FMLLP tanya dahulu KAFA kedudukan sebenar sebelum buat kenyataan supaya kenyataan itu lebih profesional dan tidak melakukan kenyataan yang salah berkaitan perkara ini," katanya pada cacatan terbaru di laman Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, FMLLP dilaporkan bertegas tidak akan meluluskan pendaftaran seorang lagi pemain import baharu Kelantan iaitu Syedi L Imam berikutan pihaknya hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan oleh KAFA bagi menyertai pasukan Kelantan.
Malah pemain tersebut tidak boleh diluluskan pendaftarannya untuk beraksi pada saingan Liga M kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan berikutan isu-isu yang dihadapi persatuan itu berkaitan pembayaran perkara-perkara wajib (tunggakan gaji) masih belum diselesaikan.
Annuar yang juga penaja utama pasukan Kelantan turut menjelaskan wang yang diterima daripada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) hasil perpindahan penyerang import mereka sebelum ini iaitu Mohammed Ghaddar digunakan untuk pembayaran tunggakan gaji pemain dan menandatangani pengganti pemain tersebut iaitu Abou Bakr Al Mel bukan digunakan untuk membawa masuk Seydi L Imam.
"Tahukan FMLLP Seydi L Imam dibawa masuk dengan penjimatan tanpa kos tambahan kepada KAFA dan beliau dibawa masuk oleh ejen bagi menggantikan Alessandro Celin yang cedera dan menghadapi masalah kecergasan?
"Tahukan mereka (FMLLP) KAFA membuat penjimatan dengan meminjamkan pemain seperti Pak Nik (Nik Sharul Azim Abdul Halim) bagi memastikan KAFA tidak berbelanja lebih dan beberapa bekas pemain import yang bising mempunyai kes pertikaian bersama KAFA yang sedang melalui satu proses tertentu yang ia adalah pilihan mereka sendiri," katanya.
Annuar turut meminta FMLLP menjelaskan tindakan pihak tersebut yang sebelum ini membenarkan pemain import dari Lubnan iaitu Abou Bakr didaftarkan untuk menyertai Kelantan.
"Kalau Abou Bakr dibenarkan daftar, apa asas mahu menghalang Seydi L Imam sedangkan peraturan jelas menyebut menandatangani pemain yang tidak melibatkan kos tambahan dan penjimatan adalah hak pasukan atau FMLLP mahu kelab terus buang wang dengan kekalkan pemain yang sakit, supaya TRW yang sudah dipotong mata (enam mata) terus ranap dan tidak mampu bersaing, itukah arahan kerja FMLLP terhadap ahli gabungan.
"Mengapa pula FMLLP membenarkan pemain KAFA berpindah kalau KAFA tak dibenar ganti mereka? Tolong jawab secara profesional," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2017

Annuar menjelaskan, wang yang diterima daripada pasukan JDT hasil perpindahan Mohammed Ghaddar digunakan untuk pembayaran tunggakan gaji pemain dan menandatangani pengganti pemain tersebut iaitu Abou Bakr Al Mel. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.