MALAM ini, juara ke 90 Piala Malaysia bakal ditabalkan.

Walaupun banyak cakap-cakap belakang yang mempertikaikan impak piala bola sepak tertua di Asia Tenggara itu, hakikatnya prestijnya tetap tidak tercalar.

Dua pasukan bakal berentap malam ini iaitu juara bertahan, Selangor dan gergasi dari utara, Kedah.

Gergasi merah bakal turun dengan misi mencari kejuaraan ke 34, manakala Lang Merah pula mahu menebus kekalahan dalam edisi tahun lalu, di mana mereka tumpas 0-2 kepada seteru yang sama di final.

Tinjauan di laman sosial mendapati kemeriahan sudah dirasai sejak awal pagi tadi lagi.

Rata-rata penyokong sudah mula berkampung di stadium, malah ada penyokong dari Kedah yang mengambil kesempatan cuti perayaan untuk bertolak lebih awal.

Di pihak penyokong Selangor, tentunya semangat mengekalkan kejuaraan menjadi aspirasi utama.








Bagi penyokong Kedah pula, ada 'hutang' yang menanti untuk dilunaskan.









Adakah laungan 'Kedah serata-rata' akan bergema di akhir perlawanan kelak? Atau Piala Malaysia akan terus kekal di bumi Selangor?

Sama-sama kita saksikan malam nanti!