DALAM keadaan penuh emosi, Julen Lopetegui mendedikasikan kejayaan Sevilla menjuarai Liga Europa selepas menewaskan Inter Milan awal pagi tadi kepada dua legenda kelab itu, Antonio Reyes dan Antonio Puerta.
Sevilla berdepan detik mendebarkan di Cologne, di mana skuad Nervionenses itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas Diego Carlos memberikan sepakan penalti buat lawan yang kemudian disudahkan Romelu Lukaku.
Gol berganda Luuk de Jong meletakkan Sevilla di depan tetapi Diego Godin kembali menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat hasil sepakan percuma yang juga berpunca daripada Diego Carlos.
Bagaimanapun, pertahanan Sevilla itu menjadi wira pasukannya pada 16 minit terakhir apabila percubaan akrobatiknya terkena Lukaku dan menerjah jaring lawan untuk skuad kendalian Lopetegui itu menjulang trofi Liga Europa buat kali keenam.
Kali terakhir Sevilla memenangi gelaran itu adalah pada 2016, di mana Reyes bertindak sebagai kapten.
Bekas bintang Arsenal, Real Madrid dan Sepanyol itu terkorban dalam satu nahas jalan raya tiga tahun kemudian.
Walaupun pada ketika itu dia tidak bersama kelab itu lagi, ia merupakan satu insiden yang memberi kesan buat Sevilla, satu kelab yang masih segar dengan kematian Puerta -- penjaring gol yang membawa pasukan itu ke final Piala UEFA pertama pada 2006 dan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung dalam satu perlawanan LaLiga.
Lopetegui mendedikasikan kejuaraan itu buat Reyes dan Puerta dengan berkata: "Saya amat gembira.
"Bagi saya, ia adalah kegembiraan yang tiada tara.
"Saya mahu berterima kasih kepada peminat tetapi mereka boleh meraikannya kerana kemenangan ini untuk mereka dan juga buat Reyes dan Puerta.
"Saya amat gembira, terutama buat pemain. Semua orang membantu, sama ada mereka bermain atau tidak, dalam senario yang amat kompleks.
"Mereka amat hebat berdasarkan usaha dan apa yang mereka pamerkan.
"Mereka amat bertuah untuk melakukannya ke atas pasukan yang amat hebat, dan memberikan lawan tiga penalti daripada tiga perlawanan pertama.
"Ia menunjukkan bahawa pasukan ini tidak pernah mengaku kalah dan kami perlu menjadikannya satu amalan," katanya.
Astro Arena
Sat Aug 22 2020

Foto Astro ARENA

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.
RM643 juta diperlukan untuk bangunkan infrastruktur adunan biodiesel B20
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 dalam negara.
Jumlah kargo yang diproses Bintulu Port meningkat 6.4 peratus
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad berkata jumlah kargo yang diproses sebanyak 52 juta tan berbanding tahun sebelumnya.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah empat tahun lepas.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

Final Liga Europa: Kejayaan ini buat Reyes, Puerta - Lopetegui
Sevilla berdepan detik mendebarkan di Cologne, di mana skuad Nervionenses itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas Diego Carlos memberikan sepakan penalti buat lawan.