Sinonim dengan gaya hidup belia masa kini yang gemar melakukan aktiviti lasak, beberapa acara sukan lasak dilihat menjadi tarikan utama pengunjung untuk hadir pada Festival Belia Putrajaya 2013.
Festival yang berlangsung selama empat hari, 23 hingga 26 Mei ini bertujuan membuka peluang kepada belia untuk melihat dan mencuba beberapa aktiviti sukan lasak selain memperkenalkannya ke persada tanah air.
Penggemar sukan lasak, Muhammad Syahmi Norman, 27, ditemui berkata, aktiviti sukan lasak atau lebih dikenali sebagai sukan ekstrem kini bagaikan gelombang yang membawa satu transformasi kepada gaya hidup rakyat Malaysia.
Tambahnya, sejajar dengan perkembangan anak muda yang mahukan sesuatu yang baru dan mencabar menjadikan aktiviti ini antara pilihan golongan tersebut.
“Sukan lasak memerlukan keberanian dan daya tahan fizikal yang tinggi di samping menggambarkan tahap kemampuan pemikiran sesebuah komuniti dan tentunya golongan ini tidak mahu ketinggalan,” ujarnya.
Bagi pengunjung, Mohammad Rozaidi Zulkifli, 22, berkata festival sebegini memudahkan para penggemar sukan lasak mendapatkan pelbagai maklumat.
“Misalnya maklumat berkaitan sukan rock climbing. Ramai yang tidak tahu sukan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta memerlukan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.”
“Pengunjung akan diberi informasi menarik berkaitan aktiviti tersebut. Sekurang-kurangnya, mereka yang tidak menggemari sukan ini akan teruja lalu turut sama menyertai setelah tahu cara-cara dan cabaran getir yang dilalui,” katanya.
Antara aktiviti lasak yang menjadi tumpuan ramai pengunjung seperti scuba pool, rock climbing, paint ball, motor cross, trike cycle, orbing ball dan scuba pool.
Selain itu, sebuah kolam binaan turut dibina untuk latihan skuba yang dijangka dapat menarik minat lebih ramai pengunjung.
Sufian Hadi
Thu May 23 2013


Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Festival Belia Putrajaya 2013: Sukan lasak tambat hati belia
Festival yang berlangsung selama empat hari, 23 hingga 26 Mei ini bertujuan membuka peluang kepada belia untuk melihat dan mencuba beberapa aktiviti sukan lasak.