KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengambil tindakan drastik supaya peristiwa perit pada kempen Piala AFF 2020 baru-baru ini, tidak berulang.
Ia penting lebih-lebih lagi ketika skuad Harimau Malaya bakal menghadapi pusingan terakhir kelayakan Piala Asia 2023 dalam tempoh kurang enam bulan (Jun 2022), dalam usaha untuk kembali beraksi di pentas Asia selepas edisi 2007 sebagai tuan rumah, dan kali terakhir layak secara merit pada 1980.
Penganalisis sukan Pekan Ramli, berkata FAM seolah-olah tidak belajar daripada pengajaran lama apabila tidak menunjukkan perubahan dalam menyiapkan pasukan kebangsaan dengan teratur dalam menghadapi saingan Piala AFF itu, apabila kurangnya tempoh latihan dan berdepan isu pemillihan pemain.
Pekan yang juga Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi berkata hakikatnya peminat sememangnya memahami bahawa bukan mudah untuk menjuarai Piala AFF dan berdasarkan rekod, Malaysia hanya muncul juara sekali pada 2010 serta naib juara sebanyak tiga kali (1996, 2014, 2018).
Namun, apa yang paling mengecewakan dan menyakitkan adalah prestasi serta corak permainan yang dipamerkan oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe, terutamanya dalam dua aksi penting menentang juara bertahan Vietnam dan Indonesia, sekali gus gagal mara ke separuh akhir.
Justeru, beliau berkata sudah tiba masanya pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan dibuat menerusi panel pemilihan, serta menetapkan kriteria yang jelas dalam memanggil pemain ke kem latihan pusat menghadapi sesuatu kejohanan utama.
"Perlu ada kriteria yang jelas seperti minit perlawanan dan kecergasan pemain. Contohnya, kalau penyerang, mestilah penyerang yang telah membuktikan kebolehan dan ketangkasan menjaringkan gol di liga tempatan.
"Sekiranya pemain itu masih muda, tetapi beraksi dengan pasukan yang menduduki kedudukan baik dalam saingan utama, mungkin dia mempunyai pengalaman yang banyak. Panel pemilihan pula akan menyerahkan senarai pemain yang terbaik dan jurulatih akan membuat keputusan berdasarkan senarai itu.
"Jadi tidak timbul lah isu-isu dan perspektif negatif seperti kurang minit perlawanan, hanya pemain yang tidak letih sahaja yang dilepaskan ke skuad kebangsaan, 'arahan dari langit' dan sebagainya. Kalau tidak, sampai bila pun masalah ini takkan selesai," katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, beliau juga menggesa FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) supaya bergerak seiring dalam menentukan sama ada pasukan kebangsaan lebih penting atau liga lebih penting, bagi memastikan skuad Harimau Malaya dapat melakukan persiapan yang secukupnya.
Pekan juga turut berpendapat bahawa barisan kejurulatihan perlu dirombak kerana corak dan falsafah permainan Malaysia dilihat jauh ketinggalan berbanding Vietnam dan Indonesia, yang mengamalkan corak perlawanan yang pantas.
"Tahap kecerdasan pun tinggi, mereka bergantung kepada kecergasan pemain-pemain muda. Kita tak boleh bergantung kepada pemain-pemain berpengalaman, contohnya bagi seorang pemain tengah, yang berfungsi sebagai enjin utama pasukan, walaupun ada skill (kemahiran), kecergasan lebih penting," tambahnya.
Malaysia selaku naib juara 2018, memulakan kempen Kumpulan B dengan kemenangan 3-1 ke atas Kemboja, 4-0 ke atas Laos, namun dibenam 0-3 oleh Vietnam dan 1-4 oleh Indonesia, sekali gus gagal mara ke separuh akhir apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga.
Walaupun FAM meletakkan sasaran final, skuad negara yang dibelenggu pelbagai kritikan bermula daripada pemilihan pemain apabila beberapa pemain terbaik liga tidak disenaraikan, sehingga kekurangan tempoh persiapan berikutan saingan Piala Malaysia hanya tamat enam hari sebelum aksi pertama menentang Kemboja.
Turut menjadi persoalan adalah keputusan untuk hanya membawa 24 pemain berbanding 30 pemain yang dibenarkan oleh penganjur, sekali gus menyebabkan kesukaran apabila empat pemain negara disahkan positif COVID-19 dan beberapa pemain lagi mengalami kecederaan.
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir meminta semua pihak supaya bersabar dan menunggu laporan bedah siasat yang akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperbaiki kelemahan yang perlu.
"Saya juga bekas pemain kebangsaan, jika kita marah dan kecewa bayangkan pemain serta jurulatih juga mempunyai perasaan yang sama, siapa yang mahukan kekalahan?
"FAM juga dalam kenyataan baru-baru ini mengakui kegagalannya dan bakal keluarkan laporan bedah siasat dalam masa terdekat. Janganlah kita memaki jurulatih mahupun pihak pengurusan, kita cari punca kegagalan dan baiki dari situ bukan tuding jari," katanya.
Beliau berkata kekangan masa menjadi punca membawa hanya 24 pemain dengan pemain dipilih kurang minit permainan, manakala jadual Liga Malaysia juga sudah dipinda dan disusun banyak kali untuk kesesuaian skuad Harimau Malaya dan MFL.
"Umum mengetahui tarikh untuk daftar 30 pemain ialah pada 24 Nov dan tidak seperti pasukan negara lain yang saingan domestik mereka sudah habis, Malaysia pula masih ada pemain-pemain yang beraksi untuk separuh akhir dan final Piala Malaysia.
"Jurulatih pastinya tidak boleh mendaftarkan pemain buat masa itu kerana bimbang ada yang dihimpit isu kecederaan maka dari situ saya lihat kita terlepas peluang mendaftarkan lebih ramai pemain kerana sudah melepasi tarikh tutup pendaftaran," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 23 2021

FAM seolah-olah tidak belajar daripada pengajaran lama apabila tidak menunjukkan perubahan dalam menyiapkan pasukan kebangsaan dengan teratur. - Foto FAM
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.