KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mendedahkan bahawa bapa Jaami Qureshi, pemain remaja berpangkalan di England, inginkan anaknya diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal.
Katanya, ia bagi membincangkan panggilan pemain yang akan menyambut hari jadi ke-18 bulan depan itu ke kem latihan pusat skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan menjelang Kejohanan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020, yang kemudian kejohanan itu dibatalkan.
Namun, pada 10 Julai 2020 Perviz Qureshi menyatakan keberatan membenarkan anaknya, Jaami yang berdarah kacukan Iraq-Malaysia, pulang ke tanah air disebabkan tempoh kuarantin yang panjang dan mencadangkan supaya FAM memulakan proses dokumentasi kewarganegaraan anaknya.
Perviz juga keberatan mengizinkan FAM mengirim petugas teknikal untuk menilai kemampuan Jaami.
"Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM tidak akan berkompromi dalam mematuhi peraturan, garis panduan dan undang-undang kerajaan berhubung proses kuarantin berkaitan COVID-19 serta taraf kerakyatan untuk mana-mana individu bagi semua peringkat umur pasukan kebangsaan," kata Mohd Saifuddin dalam kenyataan FAM.
Katanya pada 14 Julai 2020 FAM sekali lagi telah berhubung dengan menyatakan tiga perkara penting perlu dimuktamadkan iaitu yang pertama Jaami harus hadir secara fizikal bagi memenuhi proses permohonan dokumentasi kerakyatan termasuk kad pengenalan dan pasport.
Kedua, Jaami perlu memberikan komitmen untuk memilih Malaysia dan bukan England jika kedua-duanya layak ke Piala Dunia B-20 2021 dan Jaami harus melalui proses ujian pemilihan dari sudut teknikal seperti seorang lagi pemain berpangkalan di luar negara, Wan Ahmad Kuzri Ahmad Kamal.
Bagaimanapun, pada 24 Julai 2020 Jaami sah tidak disenaraikan Ketua Jurulatih skuad B-19 negara ketika itu, Brad Maloney atas sebab tiada persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak berhubung tiga perkara penting tersebut.
"Adalah jelas bahawa di sebalik dakwaan FAM tidak mengambil sebarang tindakan, Sekretariat Agung mengambil inisiatif berhubung dengan keluarga Qureshi pada 2020 tetapi atas pelbagai faktor, usaha menjadikan Jaami rakyat Malaysia tidak tercapai.
"Memandangkan Jaami kini memilih kerakyatan Iraq, kami ucapkan selamat maju jaya kepada beliau," kata Mohd Saifuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
![FAM perjelas dakwaan mengenai Jaami Qureshi tidak diberi peluang wakili Malaysia FAM perjelas dakwaan mengenai Jaami Qureshi tidak diberi peluang wakili Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642490278_TBJAAMI.jpg)
Atas pelbagai faktor, usaha menjadikan Jaami rakyat Malaysia tidak tercapai. - Instagram/ jaamiqureshi
!['Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah 'Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720325841_paula.jpg)
'Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah
Paula yang merupakan seorang model malah berbicara mengenai keputusannya menutup aurat dan berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada Mac lalu.
![Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720327774_MohamedSalahLiver.jpg)
Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, antara yang terkesan dengan berita kematian rakan sepasukan di kem Mesir, Ahmed Refaat.
![Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720326808_ZakiZamani.jpg)
Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih
Tugas-tugas diagnosis masalah penagihan dadah bukanlah tanggungjawab hakiki yang perlu dilakukan pegawai perubatan.
Kes scam: Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Lelaki warga emas mengalami kerugian sebanyak RM400,900 setelah terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital yang tidak wujud pada Mac lepas.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA
Kemudahan sanitasi dan infrastruktur di Gaza kini terjejas teruk, menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
![Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720326043_menteribesarselang.jpg)
Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi
Jejambat sepanjang 820 meter itu dibina untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang membelenggu pengguna lebuh raya ELITE dan SKVE.
Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Sultan Ibrahim menambah pada hari ini, kita berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.
Agong,Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
[TERKINI] KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan menyaring semula data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tercicir markah PAJSK.
![FAM perjelas dakwaan mengenai Jaami Qureshi tidak diberi peluang wakili Malaysia FAM perjelas dakwaan mengenai Jaami Qureshi tidak diberi peluang wakili Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642490278_TBJAAMI.jpg)
FAM perjelas dakwaan mengenai Jaami Qureshi tidak diberi peluang wakili Malaysia
Perviz Qureshi inginkan anaknya diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal.