Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak dan individu yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan bola sepak di negara ini.
Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) bertitah FAM memandang serius perkara itu yang boleh merosakkan industri bola sepak negara dan mahu ia dihentikan segera demi kebaikan sukan berkenaan.
"Saya bimbang trend bergaduh ini boleh merugikan kita. Kita hendak fokus kepada sukan bola sepak dan tentukan kualiti serta mutu bola sepak dapat ditingkatkan selain kualiti pengadilan, begitu juga kualiti keselamatan dan kualiti stadium.
"Kalau hendak cari pasal memang senang, tetapi ia tidak akan menjadi gambaran positif. Saya berharap hentikanlah, kalau tidak, kita akan buat tindakan drastik," kata baginda semasa mengulas insiden kekecohan melibatkan penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tamat perlawanan Liga Super di Kuantan pada Jumaat lepas.
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Enduro Challenge 2014 di Taman Tasik Burung Mandi, Kamahang Hilir, Benta dekat sini, Ahad.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan SukanNegeri Datuk Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta Datuk Mohd Soffi Abdul Razak.
Tengku Abdullah juga berharap perkara seumpama itu dapat ditangani bersama demi kebaikan semua pihak khususnya peminat bola sepak negara.
"Ini adalah untuk keselamatan dan kebaikan penonton yang tidak bersalah. Peminat sudah tunjuk minat dan ada yang bawa keluarga serta anak-anak, jadi saya harap janganlah kita buat benda yang tiada kaitan dengan bola sepak," titah baginda.
Tengku Abdullah turut menggesa semua pihak supaya menerima baik sebarang keputusan pertandingan sama ada kalah atau menang.
Bernama
Mon Feb 10 2014


Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

FAM ambil tindakan tegas terhadap pihak cetus kekecohan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak dan individu yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan bola sepak di negara ini.