ANDRIY Shevchenko memuji keberanian pemain Ukraine berikutan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Sweden ketika mereka membuat persiapan untuk mengalihkan tumpuannya ke pertembungan suku akhir Euro 2020 menentang England.
Ukraine mara ke suku akhir Kejuaraan Eropah buat pertama kali hasil jaringan kemenangan Artem Dovbyk dalam masa tambahan selepas jaringan pembukaan Oleksandr Zinchenko dinafikan Emil Forsberg.
Skuad Ukraine kendalian Shevchenko bakal berdepan England, yang mengatasi Jerman 2-0 di Wembley, di Rom Sabtu ini selepas Dovbyk melakar kemenangan pada penghujung 120 minit.
Kali terakhir Ukraine membuat penampilan dalam pusingan kalah mati kejohanan utama hadir pada Piala Dunia 2006 selepas menyingkirkan Switzerland sebelum tewas kepada Itali dalam suku akhir.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya untuk semua usaha mereka, atas keberanian yang mereka tunjukkan," kata ketua jurulatih Shevchenko dalam sidang media selepas perlawanan.
"Kedua-dua pasukan bermain dengan sangat baik. Ini adalah perlawanan yang menarik.
"Kedua-dua pasukan tidak mahu kalah, jadi akhirnya kami mendapat kemenangan yang penuh dramatik ini.
"Dengan prestasi dan komitmen ini, pasukan kami berhak mendapat sokongan dari seluruh negara."
Skuad kendalian Shevchenko masih belum berjaya mengelak daripada dibolosi dalam Kejuaraan Eropah, bolos sekurang-kurangnya satu gol dalam 10 perlawanan terakhir, tetapi dia berasakan taktikal pasukan berhasil ketika bertemu Sweden.
"Kami tahu bagaimana pasukan kami perlu bermain dari minit pertama.
"Kami mengetahui siapa yang dapat menguatkan kami [semasa permainan]. Rancangan yang kami buat telah berjalan dengan baik.
"Kami memutuskan untuk melindungi kawasan yang lebih luas.
"Kami meminta pemain tengah kami untuk bekerja lebih keras dan mengubah kedudukan Andriy Yarmolenko.
"Kami cuba mengawal permainan tetapi ia tidak berlaku dari semasa ke semasa. Tetapi pasukan telah memenuhi sepenuhnya rancangan kami."
Astro Arena
Thu Jul 01 2021
![Euro 2020: Shevchenko puji aksi Ukraine, alih tumpuan hadapi England Euro 2020: Shevchenko puji aksi Ukraine, alih tumpuan hadapi England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625098190_TBAndriyShevchenko.jpg)
Shevchenko memuji keberanian pemain Ukraine berikutan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Sweden ketika mereka membuat persiapan untuk mengalihkan tumpuannya ke pertembungan suku akhir Euro 2020 menentang England. -Foto Astro Arena
![Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680602791_TBsawit.jpg)
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Malaysia berjaya meraih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit semasa lawatan kerja Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin ke China baru-baru ini.
![Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037284_WargaEmas.jpg)
Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ
LPPPQ memutuskan pemegang Lesen Mesin Cetak al-Quran (LMCQ) akan dikenakan tindakan pembatalan lesen mesin cetak al-Quran sekiranya melanggar mana-mana syarat lesen.
![Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721048079_tbTenteraMalaysia.jpg)
Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama
TNI dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan rondaan bersama yang diselaraskan untuk memeriksa penanda sempadan di sepanjang sempadan Kalimantan Barat-Sarawak.
![Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658464666_MIDF.jpg)
Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Malaysia berada pada kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS, menyumbang kepada amalan mampan dalam sektor minyak dan gas seperti yang ditekankan dalam NETR.
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721079540_KEBAWAHDYMM.jpg)
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
![Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080146_VolodymyrZelenskiy.jpg)
Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya
Zelensky berkata beliau telah menugaskan Kerajaan Ukraine untuk menganjurkan acara itu menjelang November tahun ini.
![Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080159_ImranKhan.jpg)
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721077062_MegatD.jpg)
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
![Arsenal beli penjaga gol baru dari Sheffield United Arsenal beli penjaga gol baru dari Sheffield United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629526720_TBBOLASEPAK.jpg)
Arsenal beli penjaga gol baru dari Sheffield United
Arsenal melengkapkan pembelian penjaga gol, Aaron Ramsdale, daripada kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United, dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai (RM138.58 juta) beserta bayaran tambahan.
![Kane akan kembali bersama Spurs 'seperti yang dirancang' Kane akan kembali bersama Spurs 'seperti yang dirancang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628309703_WembleyStadiumLon.jpg)
Kane akan kembali bersama Spurs 'seperti yang dirancang'
Kane menjadi tajuk utama apabila tidak melapor diri untuk sesi latihan bersama Spurs.
![Eriksen kembali ke Inter buat pertama kali sejak alami serangan jantung Eriksen kembali ke Inter buat pertama kali sejak alami serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628127449_ChristianEriksen.jpg)
Eriksen kembali ke Inter buat pertama kali sejak alami serangan jantung
Christian Eriksen telah kembali ke tempat latihan Inter untuk pertama kalinya sejak serangan jantungnya dalam saingan Euro 2020.
![Euro 2020: Shaw rupanya beraksi dengan patah rusuk Euro 2020: Shaw rupanya beraksi dengan patah rusuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626832809_LukeShaw.jpg)
Euro 2020: Shaw rupanya beraksi dengan patah rusuk
Pertahanan kiri itu terpaksa beraksi dalam kesakitan sejak patah beberapa tulang rusuknya sewaktu menentang Jerman dalam pusingan 16.
![Itali akan bertambah kuat menjelang Piala Dunia Qatar Itali akan bertambah kuat menjelang Piala Dunia Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626566479_Italysplayerscele.jpg)
Itali akan bertambah kuat menjelang Piala Dunia Qatar
The Azzurri berkembang di bawah kendalian Roberto Mancini sejak terlepas saingan Piala Dunia Russia.
![Donnarumma bakal dominasi status penjaga gol terbaik dunia Donnarumma bakal dominasi status penjaga gol terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626565895_WembleyStadiuminL.jpg)
Donnarumma bakal dominasi status penjaga gol terbaik dunia
Pemain berusia 22 tahun itu dinobat Pemain Terbaik Kejohanan UEFA untuk aksi cemerlang dalam penentuan sepakan penalti membantu Itali mengatasi England dalam final di Wembley.
![Jaringan jarak jauh gemilang Schick diundi gol terbaik Euro 2020 Jaringan jarak jauh gemilang Schick diundi gol terbaik Euro 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626315618_PatrikSchick.jpg)
Jaringan jarak jauh gemilang Schick diundi gol terbaik Euro 2020
Gol kedua dalam kemenangan 2-0 di Hampden Park 14 Jun lalu terhasil hampir dari jarak setengah padang.
![Kami tidak mahu anda, kata Kane kepada penyokong perkauman England Kami tidak mahu anda, kata Kane kepada penyokong perkauman England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626142249_HarryKane.jpg)
Kami tidak mahu anda, kata Kane kepada penyokong perkauman England
Tiga pemain muda England itu gagal menyempurnakan sepakan masing-masing, di mana The Three Lions tewas 2-3 kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan final itu berakhir.
![Euro 2020: Penyokong bertindak ganas, 49 ditahan, 19 anggota polis cedera Euro 2020: Penyokong bertindak ganas, 49 ditahan, 19 anggota polis cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626124939_Euro.jpg)
Euro 2020: Penyokong bertindak ganas, 49 ditahan, 19 anggota polis cedera
Polis Met berkata 49 orang telah ditahan ketika aksi final dan 19 pegawai telah mengalami kecederaan.
![Euro 2020: Persatuan bola sepak England bidas penyokong hambur kritikan berunsur perkauman Euro 2020: Persatuan bola sepak England bidas penyokong hambur kritikan berunsur perkauman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626062360_EnglandsMarcusRas.jpg)
Euro 2020: Persatuan bola sepak England bidas penyokong hambur kritikan berunsur perkauman
Persatuan Bola Sepak England mengeluarkan kenyataan mengecam kritikan berunsur perkauman ke atas pemain.