LONDON: Persatuan Bola Sepak England (The FA) mengeluarkan kenyataan mengecam kritikan berunsur perkauman ke atas pemain susulan kekalahan pasukan itu kepada Itali pada final Euro 2020.
Selepas terikat 1-1 pada masa tambahan, Itali menang menerusi penentuan penalti 3-2, dengan pemain England Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka, yang semuanya berkulit hitam, gagal menyempurnakan sepakan.
BACA: Itali juara Euro 2020, tewaskan England menerusi tendangan penalti
"FA mengecam keras semua bentuk diskriminasi yang ditujukan kepada beberapa pemain kami di media sosial," kata kenyataan itu.
"Kami tidak pasti siapa yang memulakan, tetapi kami tidak menerima kritikan sedemikian.
"Kami menyokong pemain, semua pemain, dan mendesak hukuman yang paling berat terhadap mereka yang bertanggungjawab."
Polis Britain mengesahkan akan menjalankan siasatan segera berhubung perkara itu.
"Kami ambil maklum berkenaan komen di media sosial yang menyinggung perasaan dan berunsur rasis ditujukan kepada pemain bola sepak selepas final # Euro2020," itu kenyataan yang dimuat naik akaun Twitter Metropolitan Police.
Reuters
Mon Jul 12 2021

Rashford antara yang gagal menyempurnakan sepakan penalti. -AP
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Arsenal beli penjaga gol baru dari Sheffield United
Arsenal melengkapkan pembelian penjaga gol, Aaron Ramsdale, daripada kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United, dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai (RM138.58 juta) beserta bayaran tambahan.

Kane akan kembali bersama Spurs 'seperti yang dirancang'
Kane menjadi tajuk utama apabila tidak melapor diri untuk sesi latihan bersama Spurs.

Eriksen kembali ke Inter buat pertama kali sejak alami serangan jantung
Christian Eriksen telah kembali ke tempat latihan Inter untuk pertama kalinya sejak serangan jantungnya dalam saingan Euro 2020.

Euro 2020: Shaw rupanya beraksi dengan patah rusuk
Pertahanan kiri itu terpaksa beraksi dalam kesakitan sejak patah beberapa tulang rusuknya sewaktu menentang Jerman dalam pusingan 16.

Itali akan bertambah kuat menjelang Piala Dunia Qatar
The Azzurri berkembang di bawah kendalian Roberto Mancini sejak terlepas saingan Piala Dunia Russia.

Donnarumma bakal dominasi status penjaga gol terbaik dunia
Pemain berusia 22 tahun itu dinobat Pemain Terbaik Kejohanan UEFA untuk aksi cemerlang dalam penentuan sepakan penalti membantu Itali mengatasi England dalam final di Wembley.

Jaringan jarak jauh gemilang Schick diundi gol terbaik Euro 2020
Gol kedua dalam kemenangan 2-0 di Hampden Park 14 Jun lalu terhasil hampir dari jarak setengah padang.

Kami tidak mahu anda, kata Kane kepada penyokong perkauman England
Tiga pemain muda England itu gagal menyempurnakan sepakan masing-masing, di mana The Three Lions tewas 2-3 kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan final itu berakhir.

Euro 2020: Penyokong bertindak ganas, 49 ditahan, 19 anggota polis cedera
Polis Met berkata 49 orang telah ditahan ketika aksi final dan 19 pegawai telah mengalami kecederaan.

Euro 2020: Persatuan bola sepak England bidas penyokong hambur kritikan berunsur perkauman
Persatuan Bola Sepak England mengeluarkan kenyataan mengecam kritikan berunsur perkauman ke atas pemain.