JARINGAN jarak jauh sensasi Patrik Schick ketika Republik Czech menentang Scotland diundi sebagai gol terbaik Euro 2020.
Penyerang Bayer Leverkusen itu menjaringkan kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 di Hampden Park -- perlawanan pertama peringkat kumpulan pada 14 Jun lalu -- dan gol kedua itu terhasil hampir dari jarak setengah padang.
Jaringan itu terhasil dari jarak 49.7 ela, sekali gus menjadi gol paling jauh pernah dilakukan dalam Kejohanan Eropah sejak data seperti itu mula direkodkan pada 1980 - mengatasi rekod yang dilakukan Torsten Frings (38.6 ela) buat Jerman ketika menentang Belanda dalam Euro 2004.
Gol itu menerima undian terbanyak daripada 10 senarai pendek yang dipilih Pasukan Penilai Teknikal Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), di mana hampir 800,000 orang awam telah mengambil bahagian dalam undian itu.
Astro Arena
Thu Jul 15 2021

Patrik Schick meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan Euro 2020 kumpulan D antara Scotland dan Republik Czech di Hampden Park, Glasgow, Scotland, Britain, 14 Jun, 2021. - Gambar fail REUTERS

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Faisal Halim menang gol terbaik Piala Asia
Faisal Halim memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar apabila jauh mendahului pesaing lain selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin.

Jaringan jarak jauh gemilang Schick diundi gol terbaik Euro 2020
Gol kedua dalam kemenangan 2-0 di Hampden Park 14 Jun lalu terhasil hampir dari jarak setengah padang.

EPL: Tandukan bersejarah Alisson dipilih gol terbaik Liverpool
Pemain Brazil itu menjadi penjaga gol pertama dalam sejarah 129 tahun kelab itu menjaringkan gol dalam satu perlawanan kompetitif.