Keputusan Roy Hodgson memasukkan Daniel Sturridge dan Jamie Vardy pada separuh masa kedua nyata berbaloi apabila kedua-duanya mencetak gol untuk England mengutip tiga mata daripada perlawanan menentang Wales.
Sturridge dan Vardy masuk menggantikan Raheem Sterling dan Harry Kane yang gagal memberikan impak sepanjang babak pertama, yang menyaksikan England menguasai permainan.
Wales terlebih dahulu di depan apabila sepakan percuma deras Gareth Bale dari jarak 27 meter pada minit ke-42 gagal ditepis keluar penjaga gol England, Joe Hart.
Sepuluh minit selepas dimasukkan, Vardy membuktikan ketajamannya selaku mesin gol juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Leicester City dengan gol penyamaan pada minit ke-56.
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Sturridge muncul wira buat The Three Lions menerusi gerakan satu dua menarik dengan Vardy dan Delle Ali yang membuahkan gol ketika dua minit masa kecederaan.
England kini melonjak ke tangga teratas dalam kumpulan B dengan empat mata, diikuti Wales tiga mata dan Slovakia serta Rusia masing-masing tiga dan satu mata.
Saingan kumpulan C menyaksikan Ireland Utara melakar sejarah apabila mencatat kemenangan pertama dalam sejarah penyertaannya apabila menundukkan Ukraine 2-0.
Gareth McAuley meletakkan skuad Norn Iron di depan pada minit ke-49 menerusi tandukan yang memperdaya penjaga gol Ukraine, Andriy Pyatov hasil 'set-piece' daripada Oliver Norwood, yang juga merupakan gol pertama yang dijaringkan Ireland Utara dalam kejohanan Eropah.
Permainan terpaksa dihentikan buat seketika pada minit ke-58 ekoran hujan lebat dan hujan batu, dan disambung dua minit kemudian.
Walaupun menguasai permainan dan melancarkan lebih banyak percubaan, Ukraine gagal menjelmakan sebarang gol untuk sekurang-kurangnya mengutip mata pertama dalam kempen kali ini.
Ketumpulan jentera serangan Ukraine terus dimanfaatkan Ireland apabila pemain gantian, Niall McGinn melengkapkan kemenangan dengan gol kedua pasukan pada minit terakhir permainan.
Pertembungan Jerman dengan Poland pula hambar dengan tiada sebarang gol dijaringkan.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan masing-masing memiliki peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan, namun gagal disudahkan dengan baik.
Penyerang skuad Die Mannschaft, Mario Gotze tumpul di hadapan gol sementara sensasi Helang Putih, Robert Lewandowski pula dikunci rapat hingga menyukarkan gerakan jentera serangan menembusi benteng Jerman.
Keputusan seri bermakna kedua-dua pasukan masing-masing berkongsi empat mata, dengan Jerman mengungguli kumpulan C di hadapan Poland atas kelebihan perbezaan gol.
Ian Johan Ariff, Israr Khalid
Fri Jun 17 2016
Penyerang England, Daniel Sturridge meraikan jaringan gol 2-1 pada perlawanan kumpulan B Euro 2016 antara England dan Wales di Stadium Bollaert- Delelis di Lens pada 16 Jun 2016. - Foto AFP/Paul Ellis
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
Euro 2016: Sturridge wira England!
England kini melonjak ke tangga teratas dalam kumpulan B dengan empat mata, diikuti Wales tiga mata dan Slovakia serta Rusia masing-masing tiga dan satu mata.